BANGKOK – Pegawai kesihatan di wilayah tenggara Trat, Thailand mengeluarkan amaran kepada orang ramai selepas dua orang maut akibat memakan belangka. Thaiger melaporkan, lima individu lain telah dimasukkan ke hospital selepas memakan krustasea beracun yang boleh membawa maut itu.
Belangkas adalah makanan yang menjadi kebiasaan penduduk wilayah itu tetapi jenis yang hidup di kawasan paya bakau adalah tinggi kandungan toksik dan pernah menjadi penyebab kepada kes kematian baru-baru ini. Bagi mengelakkan kes keracunan daripada berulang, pegawai kesihatan Trat menerbitkan infografik untuk membantu orang ramai mengetahui belangkas beracun dan tidak beracun serta menasihatkan penduduk supaya berhati-hati sebelum memakannya. Selain itu, pegawai kesihatan menggesa orang ramai untuk mendapatkan rawatan perubatan segera jika mereka mengalami sebarang gejala selepas memakan belangkas termasuk muntah, kesukaran untuk berjalan atau tidak sedarkan diri.
Kejadian baru-baru ini bukanlah yang pertama seumpamanya di Thailand kerana pada 2020, seorang wanita di Phuket meninggal dunia selepas menangkap dan memasak belangkas di rumah. –CARI Sumber: Kosmo
|
dani-rox replied at 23-3-2023 07:27 AM
Hewan nih pun bukan korga cengkerang tp spider katanya
supernaturalee replied at 23-3-2023 09:13 AM
anthropod tp totally habitat berbeda
darat & laut
dani-rox replied at 23-3-2023 09:21 AM
Yup, blue blood.
supernaturalee replied at 23-3-2023 09:28 AM
fuhh tu dia
dh mcm dlm science fiction movie
dani-rox replied at 23-3-2023 09:37 AM
Ai pernah, termasuk makan telurnya sekali. Belangkas bakar Rasanya? Entahlah tak tahu cemana na ...
prettyuglybabe replied at 23-3-2023 11:53 AM
belangkas ada isi ke?
bukan memang makan telur dia je ke?
dani-rox replied at 23-3-2023 09:21 AM
Yup, blue blood.
ADVERTISEMENT