Prof Dr Maszlee Malik kembali sebagai tenaga pengajar di dunia akademik selepas beberapa tahun meninggalkan bidang itu. Bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dilantik menjadi pensyarah di Universiti Cyberjaya.
Berita itu dikongsinya di laman Instagram, dengan menzahirkan rasa syukur terhadap pelantikannya sebagai pensyarah di universiti berkenaan. Maszlee merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menyertai politik pada 2018, iaitu ketika era pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Bagaimanapun beliau kemudiannya mengumumkan perletakan jawatan selepas mendapat nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuat kuasa pada 3 Januari 2020. Beliau sebelum itu memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.
Difahamkan, Maszlee mempelajari bidang Fiqh dan Usu al-Fiqh bagi kedua-dua ijazah terbabit. Dalam pada itu, Maszlee turut melanjutkan pengajiannya di School of Governments and International Affairs di Universiti Durham, United Kingdom pada 2007. Pada 2011, beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang 'Good Governance'. Maszlee juga dilaporkan pernah menjawat jawatan presiden ketujuh UIAM yang berpusat di Gombak, Selangor. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT