Seorang wanita bertudung dikecam selepas membuat video food review bagi mempromosikan sebuah kafe yang menjual manisan berbentuk kemaluan lelaki. Tanpa segan silu wanita itu menikmati makanan berkenaan dengan aksi yang kurang sopan.
Malah pelayan kafe berkenaan turut dilihat melakukan aksi ghairah menggunakan makanan yang dijual ketika mencelupnya ke dalam sos manis sebelum diletakkan topping pelbagai perisa. "You, lain macam makanan sekarang kan you," demikian menurut satu ciapan yang memuat naik video berkenaan. Difahamkan, kafe tersebut sebenarnya berada di Indonesia, namun ia menjadi tular sehingga mendapat perhatian dalam kalangan netizen Malaysia. Video berdurasi 28 saat itu ternyata mengundang kemarahan ramai yang menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti apatah lagi imej bertudung selalunya dikaitkan dengan orang Islam.
"Dah tak ada marketing lain ke nak buat? Itu makanan itu rezeki. Astagfirullahalazim. "Memang tak ada makanan lain ke? Perempuan ni pun la... memalukan! "Ekspresi dia dah tak ada malu. Awak tu bertudung kak. "Ekspresi dia mengundang fitnah. Meminta sangat. "Tak tahu malu ke? Pakai tudung tapi tak jaga kehormatan diri," demikian antara komen netizen. Walaupun ia berlaku di Indonesia namun orang ramai dan pihak berkuasa Malaysia hendaklah berwaspada agar perkara sama tidak berlaku di negara ini. -CARI Sumber: mStar
|
salimrock replied at 22-3-2023 06:27 PM
hindon,apa yg nak dipelikkan,
byk kisah sex jah indon ni
MissYouSayang replied at 22-3-2023 07:42 PM
Akak @pooh~key tak verair ke tgk pelirfood ni
ADVERTISEMENT