Perjalanan pulang dari sekolah bertukar tragedi apabila kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut digilis lori treler. Dalam kejadian di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 11 pagi tadi, mangsa hancur separuh badan dilenyek kenderaan berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 11.25 pagi. Beliau berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. "Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang. "Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Morni berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut. Sumber: AWANI
|
hareeeesah replied at 22-3-2023 06:22 PM
Innalillah… nmpk oi hancur tu pilunya hati mak ayah tgk ank pergi cmtu [em:9:]
Suchi replied at 22-3-2023 06:46 PM
Mau pengsan mak pak dia, sungguh tak sanggup tgk jenazah anak dlm keadaan gitu
Nak peluk apa pun t ...
hareeeesah replied at 22-3-2023 07:14 PM
Kalau iols confirm pengsan.. Rasa kalau cmni mesti xbg tgk dh kn? Upper body yg hancur apa yg nk t ...
ADVERTISEMENT