CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Pandai, Nak Bagi Anak Saya Pandai Sikit," Bapa Gigih Kutip Sampah, Nak Bayar Yuran Sekolah Agama Anak RM500

22-3-2023 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8226| Komen: 65

Seorang lelaki dikenali sebagai Basri, antara ibu bapa yang berusaha gigih berkerja bagi memenuhi keperluan anaknya untuk bersekolah di sebuah sekolah agama.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Jafni Elias, Basri yang mencari rezeki sebagai pengutip sampah berkongsi kisahnya.


Menurut Basri, pekerjaan dengan gaji pokok RM1500 itu dilakukan sejak dua tahun lalu demi mencari sumber pendapatan halal untuk keluarga.



“Fasal anak nak sekolah, saya tak memilih kerja janji halal.

“Yuran saja RM500, (kalau) tak kerja, kasihanlah dekat anak-anak,” ujarnya.

Di sebalik senyuman yang tidak putus-putus ketika menjawab pelbagai soalan, Basri kelihatan sebak ketika bercerita tentang yuran pengajian anaknya.

Baginya, dia memilih untuk menghantar anak ke sekolah dengan yuran yang agak tinggi atas alasan supaya zuriatnya itu mendapat pendidikan lebih baik dan berjaya suatu hari nanti.


“Saya tak pandai, nak bagi anak saya pandai sikit,” katanya.



Sebagaimana dinyatakan oleh Basri, dia terpaksa berulang-alik dari rumahnya yang terletak di Bukit Sebelah ke pekan Baling, Kedah untuk bekerja.

Tambahnya, setiap hari dia akan menaiki motosikal dengan jarak anggaran sejauh 20 kilometer ke tempat kerjanya.

Ujar Basri, isterinya tidak bekerja tetapi mengambil tanggungjawab urusan mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih mendengar luahan Basri.

“Sebak tengok abang ni. Semoga abang sihat. Niat abang bagus.

“Kepada anak abang ni, kalau tengok video ni hargailah pengorbanan ayahmu.

“Sekolah agama yurannya mahal sebab persendirian. Tapi sebab kami nak yang terbaik untuk anak, kami sanggup. Sedikit lagi nak terkandas tapi ustaz baik tak bagi berhenti,” komen netizen di TikTok. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 22-3-2023 02:42 PM
RM500 sebulan ke..?? Perghhh
Quote tahanie 22-3-2023 02:45 PM
Semoga terus dipermudah rezeki dan sihat buat abang ni dan keluarga
Quote akies 22-3-2023 02:46 PM
Pengorbanan seorang bapa demi pendidikan anaknya.
Moga anak nya berjaya satu hari nanti dapat balas jasa kedua ibu bapanya
Quote Nnasda53 22-3-2023 02:56 PM
Moga di permudahkan.
Quote Suchi 22-3-2023 03:04 PM
Rasa mcm mak pak yg tak berguna plak
Quote airmineral 22-3-2023 04:34 PM
moga2 pacik dpt rezeki yg lebih baik
anaknya jadi anak soleh/solehah yg berjaya dan membalas jasa ibu bapanya
Quote ally9970 22-3-2023 04:37 PM
Semoga segala urusan pakcik sekeluarga dipermudahkan dan diberikan rezki yg lebih baik, Amin...
Quote OyenLemas 22-3-2023 04:44 PM
bapa yg hebat
Quote Supersirap 22-3-2023 04:56 PM
Semoga keluarga abang dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudah segala urusan
Quote krustykrab 22-3-2023 04:59 PM
Netizen ni nk sedih buat pe nye..itu la bapa yg bertanggunjwb..bukan keje gaji rm1.5k tp sibuk nk berpoligami
Quote TOPwind 22-3-2023 05:17 PM
cerita kesian je melayu nya
nanti adalah buat konten beri derma

melayu  je miskin dan malas

cina je  kaya  dan menipu

keling  je gengster  dan kuil haram

tapi semua yg berkuasa meayu




Quote faraway1 22-3-2023 05:21 PM
Kalau tak kerja kesian anak anak....

Betul ya amat tapi sayang ramai suka jadi biawak hidup tanpa sedar, sian anak anak...
Quote prettyuglybabe 22-3-2023 05:22 PM
beza kan kisah beliau dengan pocit driver ambulan anak 7 gaji rm800?
ini baru betul b40..
tak ada meminta-minta tetap berusaha untuk cari rezeki..
gigih dia nak bagi pelajaran untuk anak demi masa depan..
Quote little_sis 22-3-2023 05:29 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan, dan murah rezeki pakcik ni.. aamiin
Quote dudaberhias 22-3-2023 05:31 PM
semoga di permudahkan rezeki dan urusan pakcik ni...
dan moga anak dia bijak, soleh/solehah dan pandai supaya dapat bantu dan kenang pengorbanan ayahnya... amin...
Quote cmf_jeangrey 22-3-2023 05:35 PM
Sebab makin ramai lelaki biawak useless these days, so abang ni boleh dijadikan benchmark B40 yg layak dipuji..nampak orgnya pun muka manis, bukan jenis muka ketat yg makan hasil bini lepas tu pukul bini
Quote rosmahisham 22-3-2023 06:17 PM
Semoga terus sihat dan dimurahkn rezeki.
Quote sailormars 22-3-2023 06:41 PM
moga Allah permudahkan urusan pakcik dan bagi pakcik rezeki melimpah ruah...moga anak pakcik jadi anak berguna dan mengenang jasa pengorbanan pakcik...
Quote makita 22-3-2023 07:35 PM
Alhamdulillah. Moga dipermudahkan. Bagus bapak mcm ni tahu tgjwb utk anak yg dia dan isteri bwk ke dunia ni.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047873 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top