PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial meluahkan rasa marah apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar dicadang untuk diwujudkan khusus buat golongan berpendapatan tinggi. Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, dalam satu hantaran di Facebooknya, kelmarin.
Ekoran itu rata-rata pengguna meluahkan rasa marah sambil menegaskan bahawa MRSM ditubuhkan pada asalnya untuk bantu golongan berpendapatan rendah. “Adakah ibu bapa golongan elit itu akan guna duit sendiri sebanyak RM200 juta untuk kos pembinaan? Sudah semestinya tidak. MARA akan guna duit yang sepatutnya digunakan untuk menolong orang miskin,” ciap Endie. “MRSM ini ada simbol darjat dan prestij yang orang kaya pun nak dapatkan. Biasiswa Khazanah, MARA dan sebagainya patut bagi orang susah tapi sebab ada prestij, orang kaya pun berebut,” komen Zamir.
“Ada banyak sekolah antarabangsa dan persendirian untuk mereka, yang boleh beri pendidikan berkualiti. Kalau orang kaya ambil slot MRSM, anak orang miskin yang bijak pandai nak ke mana?,” luah Syed Akramin pula. Ada juga pengguna yang menciap tentang adiknya dibuang daripada MRSM kerana tidak mampu membayar yuran dan barang keperluan sekolah. “Adik lelaki saya dapat masuk ke MRSM di Perak pada tingkatan 1, tetapi telah dibuang tahun seterusnya kerana ibu bapa saya tak mampu. “Kos untuk pakaian sekolah sudah berapa tidak termasuk kos-kos lain lagi,” luah pengguna itu. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ujarnya, MRSM perlu berpegang pada tujuan asal mengapa ia ditubuhkan. “Pendidikan adalah jalan untuk anak-anak B40 keluar daripada kepompong kemiskinan. “Inilah objektif asal MRSM, untuk bantu mereka yang tak mampu, bukan untuk yang berstatus elit. Saya kurang bersetuju dengan cadangan ini,” ciapnya. Sehingga kini tanda pagar MRSM masih ‘trending’ di Twitter ekoran masih hangat dibincang dan diperdebatkan oleh pengguna media sosial. –CARI Sumber: Kosmo
|
Samerosie replied at 22-3-2023 01:47 PM
actually, the original objective of MRSM bukan untuk orang miskin saja but for bumiputra tak kira la ...
Clan204 replied at 22-3-2023 02:05 PM
betul la ni... mara utk bumiputera yang pandai.. .bila masa lak jadi tmpt utk org miskin
s@s@ replied at 22-3-2023 03:02 PM
satu bentuk penindasan untuk anak bumiputra yang cerdik pandai bila mrsm nak jadikan tempat untuk b4 ...
s@s@ replied at 22-3-2023 03:02 PM
satu bentuk penindasan untuk anak bumiputra yang cerdik pandai bila mrsm nak jadikan tempat untuk b4 ...
tripleid replied at 22-3-2023 03:06 PM
Membongak je yg ckp adik dia kna buang mrsm sbb x mampu..mrsm x buang student kalo x mampu..mrsm man ...
seri_mawr replied at 22-3-2023 03:32 PM
ni betul...
tapi kan sejak bila pulak MRSM ni jadi hnya tempat untuk anak2 B40..?
Samerosie replied at 22-3-2023 01:47 PM
actually, the original objective of MRSM bukan untuk orang miskin saja but for bumiputra tak kira la ...
Objektif pengenalan MRSM ini adalah untuk menambah bilangan bumiputera profesional yang mampu berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi dan dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan luar bandar
tripleid replied at 22-3-2023 03:06 PM
Membongak je yg ckp adik dia kna buang mrsm sbb x mampu..mrsm x buang student kalo x mampu..mrsm man ...
ADVERTISEMENT