CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10102|Reply: 117

Ramai Marah! "Adakah Ibu Bapa Golongan Elit Itu Akan Guna Duit Sendiri RM200 Juta Untuk Kos Pembinaan MRSM T20?"

[Copy link]
Post time 22-3-2023 01:40 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial meluahkan rasa marah apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar dicadang untuk diwujudkan khusus buat golongan berpendapatan tinggi.


Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, dalam satu hantaran di Facebooknya, kelmarin.


Ekoran itu rata-rata pengguna meluahkan rasa marah sambil menegaskan bahawa MRSM ditubuhkan pada asalnya untuk bantu golongan berpendapatan rendah.


Foto: Kosmo




“Adakah ibu bapa golongan elit itu akan guna duit sendiri sebanyak RM200 juta untuk kos pembinaan? Sudah semestinya tidak. MARA akan guna duit yang sepatutnya digunakan untuk menolong orang miskin,” ciap Endie.


“MRSM ini ada simbol darjat dan prestij yang orang kaya pun nak dapatkan. Biasiswa Khazanah, MARA dan sebagainya patut bagi orang susah tapi sebab ada prestij, orang kaya pun berebut,” komen Zamir.


“Ada banyak sekolah antarabangsa dan persendirian untuk mereka, yang boleh beri pendidikan berkualiti. Kalau orang kaya ambil slot MRSM, anak orang miskin yang bijak pandai nak ke mana?,” luah Syed Akramin pula.


Ada juga pengguna yang menciap tentang adiknya dibuang daripada MRSM kerana tidak mampu membayar yuran dan barang keperluan sekolah.


“Adik lelaki saya dapat masuk ke MRSM di Perak pada tingkatan 1, tetapi telah dibuang tahun seterusnya kerana ibu bapa saya tak mampu.


“Kos untuk pakaian sekolah sudah berapa tidak termasuk kos-kos lain lagi,” luah pengguna itu.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ujarnya, MRSM perlu berpegang pada tujuan asal mengapa ia ditubuhkan.


“Pendidikan adalah jalan untuk anak-anak B40 keluar daripada kepompong kemiskinan.


“Inilah objektif asal MRSM, untuk bantu mereka yang tak mampu, bukan untuk yang berstatus elit. Saya kurang bersetuju dengan cadangan ini,” ciapnya.


Sehingga kini tanda pagar MRSM masih ‘trending’ di Twitter ekoran masih hangat dibincang dan diperdebatkan oleh pengguna media sosial. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 01:47 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 22-3-2023 01:56 PM

actually, the original objective of MRSM bukan untuk orang miskin saja but for bumiputra tak kira la miskin ke kaya yg creme dela creme .  Bila dah zaman2 hujung2 90s tiba2 untuk orang miskin je pula, tak pandai pun tak pe asal misekin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 02:05 PM | Show all posts
Samerosie replied at 22-3-2023 01:47 PM
actually, the original objective of MRSM bukan untuk orang miskin saja but for bumiputra tak kira la ...

betul la ni... mara utk bumiputera yang pandai.. .bila masa lak jadi tmpt utk org miskin
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 02:13 PM | Show all posts
Clan204 replied at 22-3-2023 02:05 PM
betul la ni... mara utk bumiputera yang pandai.. .bila masa lak jadi tmpt utk org miskin

Dulu2 i ingat lagi, memang kena bayar masuk bukan murah, ada yg tak mampu dan tak dapat scholarship mmg terpaksa reject.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman aku blaja mrsm dl, semua kena bayarlah untuk yg berkemampuan. Dobi,makan malah buku teksi pon kena beli sendiri.  Yg x mampu ada certain yuran x bayar rasanya. Hak bumiputera bukan hak org miskin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak cater to privileged people? They have more and better opportunities.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2023 03:02 PM | Show all posts
satu bentuk penindasan untuk anak bumiputra yang cerdik pandai bila mrsm nak jadikan tempat untuk b40 saja.

duit cukai mak bapak dia kena sapu, buat sekolah cantik2 untuk anak org x bayar cukai belajar
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Membongak je yg ckp adik dia kna buang mrsm sbb x mampu..mrsm x buang student kalo x mampu..mrsm mana ada yuran bulanan,mkan 6x sehari pun free dekk..mara yg tnggung..pendek kata ko masuk mrsm tu bawak diri utk study je,lain2 semua dh disediakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kalu mrsm mcm nak caj anak org kaya biar je la, knp c miskin pulak yg nak bising. kan mrsm utk semua bumiputra. sekurang2nya caj org kaya tu masuk dlm akaun mara boleh tolong bumiputra miskin. fikirlah sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:14 PM | Show all posts
s@s@ replied at 22-3-2023 03:02 PM
satu bentuk penindasan untuk anak bumiputra yang cerdik pandai bila mrsm nak jadikan tempat untuk b4 ...

betul I setujuuu.....at least buat la kuota ke, ini idakkk ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:20 PM | Show all posts
zaman ai dulu campur2.. ada yang dari keluarga B40, M40, T20. Majoriti B40 dari kawasan pedalaman.
B40 siap dapat duit poket bulanan lagi dari mara. Makan,asrama n tuition fees mmg free untuk semua student. Ke parents ai bayar ai pun tak ingat .. tapi macam tak pernah pulak diorang transfer duit untuk itu semua..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:26 PM | Show all posts
dah klu org kaya tu mampu nk bayo, lantaklah sana. pemikiran tu jgn la sempit sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:30 PM | Show all posts
Edited by copy_paste at 22-3-2023 03:32 PM

kiranya penubuhan  mrsm ni dikira berjaya la,cumanya tujuan sebenar tu kena betul,
kalau utk semua bumiputra xde la isu,ke isunya utk t20 bukan bumi pun nak masuk juga
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:32 PM | Show all posts
s@s@ replied at 22-3-2023 03:02 PM
satu bentuk penindasan untuk anak bumiputra yang cerdik pandai bila mrsm nak jadikan tempat untuk b4 ...

ni betul...

tapi kan sejak bila pulak MRSM ni jadi hnya tempat untuk anak2 B40..?
setahu iouls tuk bumiputera yang pandai2...
tapi la ni ada dah ke non bumi kat MRSM..??

mcm2 la..
cukai suruh T20 byar...kemudahan semua tuk B40...apo la menteri2 ni pikir gamaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 22-3-2023 03:06 PM
Membongak je yg ckp adik dia kna buang mrsm sbb x mampu..mrsm x buang student kalo x mampu..mrsm man ...

Setau aku, mrsm bg allowance bulanan kat student kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:35 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 22-3-2023 03:32 PM
ni betul...

tapi kan sejak bila pulak MRSM ni jadi hnya tempat untuk anak2 B40..?

malaysia ni ada amalkan sosialisma juga sbb tu la adanya bantuan utk golongan pendapatan rendah,

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua org dah tahu nak masuk mrsm dan sbp kene byar mahal. Kalau teringin nak hantar anak ke sana simpan la duit awal awal.   
Org tua zaman  dulu kala antar anak belajar pun kene bayar juga walaupun rm150 saja. Tapi zaman tu kira dah mahal. Tak ada la pula berbunyi.

Kawan aku kat uni bapak dia jual lembu sekor sebab anak nak masuk universiti. Tak ada pun bising.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:38 PM | Show all posts
Samerosie replied at 22-3-2023 01:47 PM
actually, the original objective of MRSM bukan untuk orang miskin saja but for bumiputra tak kira la ...

betul. mmg elok dicampurkan student tak berkemampuan n kaya so they can learn n know from each other
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:40 PM | Show all posts
Objektif pengenalan MRSM ini adalah untuk menambah bilangan bumiputera profesional yang mampu berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi dan dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan luar bandar


Objektif asal mrsm di awal penubuhan.. biarlah yang tak mampu dan tiada kemudahan belajar di tempat gini..kau mak bapak kayo macam jah tu mintak la bapak hantar bljr kat obersi..macam anak ts nazri aziz tu hah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 22-3-2023 03:06 PM
Membongak je yg ckp adik dia kna buang mrsm sbb x mampu..mrsm x buang student kalo x mampu..mrsm man ...

Ade yuran bulanan rm30. Tapi tak sure kalau ade exemption utk students daripada keluarga yg kurang berkemampuan. Makan mmg 6x. Bayaran2 lain mcm takde je kecuali jenis one off macam baju outing, baju rumah sukan, baju pasukan beruniform.  Yg ni sama je kan dgn student sek lain2. Gi prep class pakai baju kurung biasa je. Eh lupa dulu ade juga bayaran dobi rm10 sebulan kot. Leh dobi 4 pasang baju seminggu siap iron.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.084320 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list