JEMPOL – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang merogol adik kandungnya hingga bersalin bulan lalu dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini. Majistret Norshazwani Ishak mengarahkan dia dihantar ke sekolah berkenaan bermula semalam.
Ibu bapa atau penjaga remaja lelaki tersebut juga diperintahkan untuk melawat tertuduh sekali dalam tempoh sebulan sepanjang tempoh tiga tahun dia berada di sana. Tertuduh pada 23 Februari lalu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu melakukan perbuatan terbabit sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret. Pada prosiding semalam, laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dibentangkan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Juvana itu sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan atas dua pertuduhan. Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 21 Jun hingga 30 Jun tahun lalu kira-kira pukul 11 malam hingga 12 malam di sebuah felda tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya sendiri. Berdasarkan pertuduhan kedua pula, juvana berkenaan mengulangi kesalahan yang sama pada waktu yang sama antara 1 September hingga 10 September tahun lalu. Mengikut fakta kes, pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 6.08 pagi, seorang pegawai perubatan menerima maklumat daripada kakitangan klinik kesihatan memaklumkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah bersalin di rumah. Pegawai perubatan bersama kakitangan dan ambulans ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung. Pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi tersebut dan ambulans telah membawa mangsa dan bayi ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital. Difahamkan, kejadian berlaku di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah ketika mangsa sedang tidur. Mangsa telah melahirkan bayi pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa. Mangsa melahirkan bayi dalam keadaan baik dan berat bayi 1.2 kilogram serta ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut. – CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated: Kesalahan pertama bulan 6, kes ...
cattiecute replied at 22-3-2023 01:11 PM
baby 1.2kg kategori kecik la kan? standard 2-3kg kan? anak iols beranak 3.9kg
gemuk macam budak 2 bu ...
Chah21 replied at 22-3-2023 01:13 PM
Mcm preemie dh kn berat tu.. ank i no 3 pon 3.9 kg no 4 4.2 kg 40weeeks tepat kluar.. tp klu under ...
cattiecute replied at 22-3-2023 01:21 PM
besar jugak anak chuols ada gdm ke?
selalu ibu gdm ni anak mesti besor beranak pastu kena emergenc ...
Chah21 replied at 22-3-2023 01:38 PM
Nk nangis la bca kes2 camni.. takut nk hadap masa depan.. xde gdm u.. tp mmg kuat mkn once hbes al ...
cattiecute replied at 22-3-2023 01:47 PM
untung la takde gdm
yang ada gdm ni nak pregnant lagi pun sheram
memang memacam pantang larang la ...
Chah21 replied at 22-3-2023 01:51 PM
Baby u yg 3.9 kg tu sbb gdm la ye? Skrg u amalkn apa2 diet x? I dulu ank first hampir gdm . Agak d ...
Decaffeinated replied at 22-3-2023 12:59 PM
Kesalahan pertama bulan 6, kesalahan kedua bulan 9, beranak bulan 2.
Do the maths.
cattiecute replied at 22-3-2023 01:56 PM
tak diet apa2 pun. tapi susah jugak nak dapat saiz dulu masa sebelum kahwin tu
merancang seb ...
Decaffeinated: Kesalahan pertama bulan 6, kes ...
Chah21 replied at 22-3-2023 04:17 PM
Haha btul2 jd hulk..gdm ni bkn apa,tkut berulang je
ADVERTISEMENT