Majlis nikah seorang lelaki kecoh apabila adiknua merajuk setelah abangnya sah diijabkabulkan dengan pasangannya. Menurut pengantin lelaki, Muhamad Haris Fadzrie Nordin, dia melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya pada 17 Mac baru-baru ini di Pasir Gudang, Johor.
Pemuda berusia 25 tahun itu memberitahu, insiden membabitkan adik lelakinya yang berumur sembilan tahun itu berlaku sejurus selepas pernikahan. "Selepas nikah, saya salam dengan keluarga... lepas salam ayah dan ibu, adik di sebelah dah mula menangis. "Sebelum tu dia bertanya kepada saya, Mika (panggilan nama adik) nak duduk dengan siapa nanti kalau semua dah tak ada?" katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Haris atau Wak, katanya, hubungannya dengan adik bongsu begitu rapat jika dibandingkan dengan adik-beradik lain. "Banyak aktiviti dan masa diluangkan bersama. Kalau di rumah, memang kami selalu bergurau senda, saya suka menyakat dia. Boleh katakan kami 'sekepala'," ujarnya yang merupakan anak kedua daripada lima beradik.
Berasal dari Pasir Gudang, katanya, hubungan akrab dengan adik bongsu membuatkan orang sekeliling tersalah anggap mengenai status dirinya. "Sampaikan ada orang cakap saya pernah berkahwin dan dah ada anak. Mereka tak berapa mengenali saya sangka saya ni duda anak satu... saya rasa kelakar. "Mana tidaknya, sejak adik masih kecil sampai sekarang, saya dalam kalangan adik-beradik yang sering bawa dia ke mana-mana," katanya. Menurut Haris, tanggapan pertama itu turut berlaku ketika fasa mengenali isterinya sebelum mendirikan rumah tangga. "Saya dan isteri berkenalan kira-kira setahun. Masa mula-mula kenal tu pun, dia (isteri) ingat saya ni pernah berkahwin, duda anak satu. "Berkali-kali juga saya yakinkan dia yang saya masih bujang, dan 'anak' itu adalah adik bongsu. Saya siap tunjuk gambar-gambar keluarga sebagai bukti. "Isteri kaki siasat, semua orang dia tanya pasal status saya. Sehinggalah saya bawa dia jumpa famili saya, dan perkenalkan ahli keluarga termasuk adik. Barulah dia lega," ujarnya secara berseloroh. Haris yang merupakan juruteknik bagaimanapun menjelaskan bahawa isterinya bukan mempertikaikan status dirinya, tetapi mahu kejujuran dalam perhubungan. "Mungkin kerana hubungan saya dan adik sangat rapat menyebabkan kami lebih nampak sebagai ayah dan anak, berbanding abang dan adik. "Adik bongsu saya ni manja, hati dia memang tisu. Masa dia merajuk tu, saya puas pujuk pun tak 'jalan'. Sudahnya mak yang pujuk adik. "Tapi saya ada beritahu adik, saya tetap abang dia walaupun saya kini suami orang. Dan dia juga ada adik-beradik lain yang juga sayangkan dia," katanya lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
"Sebelum tu dia bertanya kepada saya, Mika (panggilan nama adik) nak duduk dengan siapa nanti kalau semua dah tak ada?" katanya kepada mStar.
prince_marhaen replied at 22-3-2023 03:43 PM
HAHAHAHAHA...this is legit! Kakak aku kahwin masa aku umur 10 tahun. Kitorang paling rapat sebab dia ...
prince_marhaen replied at 22-3-2023 03:43 PM
HAHAHAHAHA...this is legit! Kakak aku kahwin masa aku umur 10 tahun. Kitorang paling rapat sebab dia ...
prince_marhaen replied at 22-3-2023 03:43 PM
HAHAHAHAHA...this is legit! Kakak aku kahwin masa aku umur 10 tahun. Kitorang paling rapat sebab dia ...
prettyuglybabe replied at 22-3-2023 05:18 PM
part kena sesah terus ngekek i ketawa..
white_musk replied at 22-3-2023 05:21 PM
mengada ngada betul...
akak adik beradik kahwin pun tidak menangis..
ADVERTISEMENT