CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rasa Macam Mimpi, DJ Lin Tak Percaya Dapat Tajaan Tunai Umrah Semasa Ramadan

22-3-2023 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5135| Komen: 10

Bertuah DJ Lin kerana mendapat tajaan untuk menunaikan umrah di bulan Ramadan.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 47, dia seakan tidak percaya apabila ditawarkan untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan.



IG

“Rezeki ini datang dalam sekelip mata. Saya ada perjumpaan dengan ‘client’ iaitu Al Ridzuan Travel yang datang dari Pulau Pinang. 

“Mereka merupakan penaja waktu solat di Suria FM. Sewaktu sedang berbual, mereka beritahu akan berangkat ke tanah suci pada bulan ramadan untuk menunaikan umrah. Tiba-tiba mereka tanya saya, sama ada saya nak turut serta.

“Sejujurnya saya memang telah memasang niat untuk menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadan. Tetapi mungkin rezeki itu belum ada. Saya tak pernah menyambut Ramadan di Mekah dan Madinah. 

“Sampai sekarang saya rasa seperti tidak percaya, saya diberikan rezeki ini. Saya asyik tanya pada pemilik Al Ridzuan Travel iaitu Ustaz Ridzuan, betul ke saya akan pergi menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadan. 


“Sewaktu dia datang untuk ambil passport pun saya tanya dia sekali lagi, betul ke saya akan pergi ni. Saya rasa seperti sedang bermimpi. Tetapi dia kata Lin, ini memang realiti. Mungkin Allah berikan rezeki untuk Lin melalui Al Ridzuan Travel,” katanya. 

Kongsi DJ Lin lagi, umrah kai ini merupakan kali ketiga untuknya. Kali terakhir dia mengerjakan ibadah umrah adalah pada tahun 2012.

“Sudah dua kali saya mengerjakan umrah, Tetapi saya teringin merasai menjalani ibadah umrah di bulan puasa. 

“Selalu dengar cerita orang bahawa menunaikan ibadah umrah di bulan ramadan sangat indah, luar biasa dan sentuhannya berbeza. Saya ingin merasai pengalaman itu sendiri dan tak sangka Allah membuka laluan untuk saya dengan cara yang paling mudah,” ujarnya. 



Katanya lagi, sebagai pengurus besar, berat untuknya meninggalkan anak-anak buahnya di Suria FM, namun rezeki yang hadir ini dianggap sebagai peluang keemasan yang tidak mungkin dia lepaskan.

“Saya harapkan doa daripada semua orang agar saya selamat pergi dan pulang juga segala urusan ibadah dipermudahkan,” pintanya menutup bicara. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-3-2023 12:22 PM
Aik, bukan gaji dj dalam belas ribu ke?lagi la dj penah menang award..bukan nak mengeji tapi baiklah lagi klu datang dari duit sendiri..
Quote Chah21 22-3-2023 01:47 PM
mamajawie: Aik, bukan gaji dj dalam belas ...

Hbes kt ank2 kot.. bkn ibu tunggal ke? Klu cm sedara i yg ibu2 tunggal.mostly ex x bg nafkah so gaji 5k pon kira ciput utk 2 ank
Quote kakakko 22-3-2023 03:11 PM
rezeki ek.. even jawatan pun besor.. agaknya kena tolong promote TA tu lah kan kalau terima offer ni..
Quote prince_marhaen 22-3-2023 03:47 PM
Suara dambaan abang-abang lori dan abang guard kerja malam......dah makcik-makcik dah rupanya ye...
Quote LadyCarefree 22-3-2023 05:24 PM
Hamak lagi tamak.
Quote pujanggacinta 22-3-2023 05:32 PM
suara kak lin in real life mmg jenis gemersik
zmn itm brp ramai peminat
moga dipermudahkan urusan
Quote rosevelvet 22-3-2023 05:33 PM
Ramai jer retis dpt tajaan pi umrah. Awat plak korang kecam djlin ni. Sian dia.
Quote makneng 22-3-2023 05:34 PM
Rezeki dia noks…kau bitter ngape dekk
Quote OyenLemas 22-3-2023 06:02 PM
Rezeki dari Allah. sentiasa  ku doa agar jugak rezeki mcm ni huhu
Quote dudaberhias 22-3-2023 06:33 PM
semoga di permudahkan urusan agitteww dan sembuh dari penyakit2 misteri di sana...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.150262 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top