CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ayuh Puteri Sarah Kita Ada Bukti. Ini Semua Hasutan Orang Ketiga. Allah Bersama Orang-Orang Yang Teraniaya,"-Ibu Syamsul Yusof

22-3-2023 11:02 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16249| Komen: 116|Original author: Saiful

Ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail tampil menunjukkan sokongan kepada menantunya, susulan anaknya itu mendakwa Puteri Sarah Liyana berlaku curang dengan bekas kekasih yang berstatus suami orang.


Patimah meminta Puteri Sarah terus melawan bagi menegakkan kebenaran apatah lagi mereka mempunyai bukti untuk menyangkal semua dakwaan dibuat Syamsul.

Foto: IG


"Ayuh Puteri Sarah kita ada bukti. Ini semua hasutan orang ketiga. Allah bersama orang-orang yang teraniaya," katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.



Pada petang Selasa, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.


Antara alasannya, Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Sarah kemudian mempersoalkan tindakan suaminya dan berasa pelik kenapa baharu sekarang Syamsul mahu memfailkan nusyuz sedangkan masalah rumah tangga mereka sudah berlarutan sejak empat tahun lalu.



Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah.

Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 22-3-2023 11:08 AM
Orang dah tak nak la oiii….
Quote Kentot_Wangi 22-3-2023 11:19 AM
Ko klu dah taknak kat wife ko... Ceraikan je la dgn cara baik. Tak payah la nak putar2, pusing2 nak bg org pening kepala n menyusahkan org.
Quote jihyomelly 22-3-2023 11:31 AM
cakap serupa p@r!a pusing2 tapi yellekkkkk..lepas kan lah xyah torture mental bini..mental mak pak pun sama
Quote thyme2 22-3-2023 11:33 AM
Messy nya hidup SY ni. Gaduh dgn semua orang…euuuwww
Quote cmf_PariS 22-3-2023 11:34 AM
KO NK DERHAKA KT MAK KO LAGI KE SOL?? MAK KAU PUN TK SUKA KAU LAH!
Quote lifeline 22-3-2023 11:37 AM
thyme2 replied at 22-3-2023 11:33 AM
Messy nya hidup SY ni. Gaduh dgn semua orang…euuuwww

tula paling teruk gaduh ngn mak dia sekali
rugi sungguh hidup
Quote zuliana29 22-3-2023 11:41 AM
keras betul hati sol ni kan.. xpe la, teruskan mendongak.
Quote makadek 22-3-2023 11:42 AM
Beria acik timah buang anak dek kerana benci menantu... Agak2laaaaa
Quote ohsoyaya 22-3-2023 11:45 AM
makadek replied at 22-3-2023 11:42 AM
Beria acik timah buang anak dek kerana benci menantu... Agak2laaaaa

I xrasa dia benci anak dia. Dia benci perbuatan anak dia
Quote nena9042 22-3-2023 11:49 AM
Dah kalau anak tu perangai tah apa apa. Curang, abaikan isteri & anak sendiri, kahwin lain sesenyap, seksa & menyusahkan isteri sendiri bila mintak dilepaskan. Bagus la mak dia tentang perangai hantu tu.
Quote anilanil 22-3-2023 11:57 AM
Ke si sol tu buat andaian sendiri sbb tok abah pon still sokong PS? Mesti dia ingat family amar da plan nak amik balik PS buat menantu.
Quote marchikobonzo 22-3-2023 11:59 AM
Somoga bisol jatuh tersembam, biar dia ingat jangan naya ibu & isteri
Quote meteorspeed 22-3-2023 12:00 PM
makadek replied at 22-3-2023 11:42 AM
Beria acik timah buang anak dek kerana benci menantu... Agak2laaaaa

Ada ker dia kata dia benci.. Dia nak berpihak kepada siap suka hati dia la.. Dah dia yg tau apa yg berlaku dlm keluarga dia.
Quote Alvida 22-3-2023 12:05 PM
makadek replied at 22-3-2023 11:42 AM
Beria acik timah buang anak dek kerana benci menantu... Agak2laaaaa

dia sokong ps pin sb ada cucu jer kalu takde cucu takde dia nk sokong..tk sanggup tgk jiwa cucu rosak angkara bapa tk guna penunggang agama..susah sgt ker nl lepaskan ps cerai jer la bw haluan masing2. kau pun dah bahagia dgn sundal tu..dah la anak derhaka tk lama lg dpt balasan la tu
Quote myakayina 22-3-2023 12:09 PM
lepaskan jela ps tu sol..tak yah nak panjangkan citer, tuduh itu ini..ko takut jadi papa kedana ke klu ps tuntut semua reta kau? mmg bakalan merudum la filem ko lps ni..
Quote Bulanbaru 22-3-2023 12:09 PM
Edited by Bulanbaru at 22-3-2023 12:48 PM

Mi rasa Mak Esah yg Ira bohsia upahkantu lebih power drp yg Si Senduk pakai! Si Kaiser pun tak exile famili heol mcm ShamFOOL ni.
Quote xAthenax 22-3-2023 12:14 PM
nahas lah bila tinmah sound kat  mstaronline.
seluruh alam tengok kau sole
Quote little_sis 22-3-2023 12:16 PM
Untung sarah dpt mertua yg side dia..
Quote winky1 22-3-2023 12:16 PM
Pandai cameraman kali ni ambil shot dari bawah ...nampak gigi pelesu...

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059232 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top