Ustaz Azhar Idrus (UAI) hadir di sebuah masjid di Kuala Terengganu untuk memberi ceramah Pada 7 Mac lepas. Satu video di TikTok menarik perhatian ramai apaila UAI memandang ke arah atas masjid tatkala sedang asyik bercakap.
Video berdurasi 0:39 saat itu menunjukkan UAI sedang memberi ceramah berkaitan makhluk ciptaan Allah. Semasa sedang asyik bercakap, tiba-tiba UAI dilihat memandang ke arah atas masjid secara tiba-tiba. Momen tersebut berjaya dirakam oleh seorang individu yang mendakwa pandangan UAI pada waktu itu sama seperti melihat kelibat. Tambah individu tersebut, dia turut melihat ke arah atas masjid namun tak nampak apa-apa.
Disebabkan itu timbul pelbagai tanda tanya dan persoalan di kalangan netizen. Di ruangan komen ramai yang berdoa agar UIA sentiasa dilindungi Allah. Malah ramai yang meluahkan kebimbangan sekiranya terjadi apa-apa kepada dirinya. Baru-baru ini, UAI dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung. Selepas beberapa hari berada di dalam wad dan keadaan kesihatan semakin pulih, beliau dibenarkan pulang ke rumah. -CARI |
tripleid replied at 22-3-2023 11:03 AM
dramaanyaa ustakk..mcm tau2 je ada org dok rakam pastu jadi virall
tompie replied at 22-3-2023 12:01 PM
Semua ceramah dia mmg dirakam 100%.. takde mcm tau2 mmg tau.
tripleid replied at 22-3-2023 12:06 PM
yo lah.dia mmg dah tau..dan dia pun tau kalau buat gini video dia akn jadi viral
KamikuP replied at 22-3-2023 11:18 AM
Mungkin malaikat maut datang menyapa
ADVERTISEMENT