Menerusi video temu bual meloditv3, Shuhada mengakui masih menyayangi Hafidz Roshdi kerana dia merupakan bapa kepada anak-anaknya. Namun, Shuhada reda dengan segala ketentuan Allah SWT dan percaya pasti akan digantikan dengan perkara yang lebih baik.
“Tipulah tak sayang kan… abah kepada dua orang anak kitorang kan. Allah dah takdirkan kitorang macam ni, Allah dah susun semua dengan baik dengan indah. Kitorang kena terimalah. “Allah pun nak gantikan yang lebih baik lagi lah Insya-Allah untuk kedua-duanya kan,” kata Shuhada. Tambahnya, “Susah nak cakap. Shu betul-betul berserah dekat Allah bulat-bulat. Shu tak pernah lagi lah marah Hafidz, menengking, mengeluarkan kata-kata kesat cuma Shu suruh Hafidz lepaskan Shu baik-baiklah.
“Tapi, malangnya sampai ke macam ni jadi. Kita harapkan yang terbaiklah. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui. Tak ada isu nak menang ke nak megah-megah nak tunjuk siapa yang ego tak ada. Ini hanya untuk maruah Shu dan anak-anak,” luahnya. Sekadar info, Hafidz Roshdi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes cerai pada pagi ini. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT