CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1868|Reply: 3

Shuhada Masih Sayang Hafidz Roshdi Tapi Minta 'Dilepas' Cara Baik, Nafi Tunjuk Ego

[Copy link]
Post time 21-3-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Menerusi video temu bual meloditv3, Shuhada mengakui masih menyayangi Hafidz Roshdi kerana dia merupakan bapa kepada anak-anaknya.


Namun, Shuhada reda dengan segala ketentuan Allah SWT dan percaya pasti akan digantikan dengan perkara yang lebih baik.


Foto: IG




“Tipulah tak sayang kan… abah kepada dua orang anak kitorang kan. Allah dah takdirkan kitorang macam ni, Allah dah susun semua dengan baik dengan indah. Kitorang kena terimalah.


“Allah pun nak gantikan yang lebih baik lagi lah Insya-Allah untuk kedua-duanya kan,” kata Shuhada.


Tambahnya, “Susah nak cakap. Shu betul-betul berserah dekat Allah bulat-bulat. Shu tak pernah lagi lah marah Hafidz, menengking, mengeluarkan kata-kata kesat cuma Shu suruh Hafidz lepaskan Shu baik-baiklah.







“Tapi, malangnya sampai ke macam ni jadi. Kita harapkan yang terbaiklah. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui. Tak ada isu nak menang ke nak megah-megah nak tunjuk siapa yang ego tak ada. Ini hanya untuk maruah Shu dan anak-anak,” luahnya.


Sekadar info, Hafidz Roshdi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes cerai pada pagi ini. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 04:02 PM | Show all posts
WTF MASIH SAYANG?!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 05:00 PM | Show all posts
aik pula.... saiko nya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 05:07 PM | Show all posts
pulak dahhhh... dey meenachi apa citer main2 uturn mcm ahli politik nih yachhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.134353 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list