Laman sosial pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi tumpuan ramai susulan tindakan aktres berkenaan memfailkan tuntutan cerai. Berikutan itu, Diana memilih untuk membisu dan kini mengambil pendekatan menutup ruangan komen menerusi hantaran terbarunya di Instagram. Malah, jika ditelusuri pasti anda akan perasan tiada lagi gambar Diana dan Farid bersama. Pasti ramai ternanti-nanti kemas kini terbaru daripada Diana berhubung kes cerainya itu. Masakan tidak, seperti sesuatu sangat apabila tiba-tiba sahaja Diana membuat keputusan nekad sebegitu. Malah, sebelum ini kelibat Diana juga dilihat menghadiri sidang media bagi menemani Farid yang memegang watak utama Filem Anwar The Untold Story. Tidak kelihatan langsung kemelut dihadapi mereka apabila melihat Diana begitu romantik mendampingi suaminya. Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6. - CARI
|
hokeypokey replied at 21-3-2023 01:49 PM
so nk cerai ke tak ni??? ke gimik jer?? esok2 comolot balik, puji laki dia balik
jambatannetizen replied at 21-3-2023 01:52 PM
Xkan gimik kot. Fk dah pegi mahkamah loyer hakluu
zallama replied at 21-3-2023 01:51 PM
aku ingt dd akan bertahn demi ank ank sebb dy pon pernah lalui mase knk2 tanpa ayah
tumpanglalu74 replied at 21-3-2023 02:06 PM
Kes ni pon si Parit kata dia tak dapat jawab..
tumpanglalu74 replied at 21-3-2023 02:06 PM
Kes ni pon si Parit kata dia tak dapat jawab..
tumpanglalu74 replied at 21-3-2023 02:06 PM
Kes ni pon si Parit kata dia tak dapat jawab..
tikusmontok replied at 21-3-2023 03:55 PM
Ini zaman bila? Masa ni dah kawen ke?
krustykrab replied at 21-3-2023 03:54 PM
Dd ni lepas cerai sok ni adalah vvip yg nk buat bini bernombor
jambuberhias replied at 21-3-2023 07:00 PM
Muntah i dengar ayat you. Tumpang gelak
ADVERTISEMENT