Setahun dah sibuk dengan aktiviti seni, Aina Abdul nak berehat buat sementara untuk memberi fokus kepada ibadah sempena kedatangan bulan Ramadan. Lebih istimewa, pelantun lagu Terus Hidup itu akan menyambut Ramadan buat kali pertama di Tanah Suci Makkah.
Kongsi Aina, dia akan menjejak kaki ke Makkah pada esok (Rabu), iaitu sehari sebelum Ramadan bersama ibu dan kakaknya. "Saya bertolak ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah bersama ibu dan kakak, esok. Ini adalah kali pertama, saya tak pernah menjejak kaki ke Makkah dan Madinah sebelum ini. "Alhamdulillah, kali ini saya diberi peluang dan teruja memandangkan saya juga sudah lama bekerja. Jadi, sudah tiba masanya saya mengambil ruang membersihkan diri. "Jujurnya, saya menanti masa untuk menunaikan umrah. Jadi, saya akan menyambut Ramadan, di mana separuh Ramadan saya akan menumpukan perhatian pada amal ibadah," katanya kepada BH Online.
|
dudaberhias replied at 22-3-2023 01:11 AM
Semoga di permudahkan urusan ibadah dek aina, jangan lupa habis umrah nanti kita singgah hatyai jap ...
dudaberhias replied at 22-3-2023 01:11 AM
Semoga di permudahkan urusan ibadah dek aina, jangan lupa habis umrah nanti kita singgah hatyai jap ...
sleepandream replied at 22-3-2023 08:22 AM
konsert minggu ini dah ada balik yach?
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.062598 second(s), 37 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.