Azhan Rani mengakui ralat dengan kesilapannya terlepas pandang terhadap komen ditinggalkan peminat di Tik Tok. Tegas pelakon itu, dia langsung tidak berniat mempersendakan peminat itu sebaliknya terlepas pandang kerana membalas komen berkenaan pada waktu pagi.
"Kesilapan saya tidak membaca dengan betul, tiada langsung sekelumit niat untuk mempersenda. Malah, saya juga sudah memohon maaf kepada individu itu." "Saya baru perasan apabila komen berkenaan menjadi viral di Tik Tok. Saya begitu menyesali kesilapan saya kerana tidak membaca dengan betul. "Apatah lagi, perkara yang saya terlepas pandang itu mengenai seseorang yang kehilangan ibunya. Sukar untuk diluah rasa bersalah itu," kata Azhan menerusi aplikasi Whatsapp. Terdahulu, pengguna media sosial bernama Nur Nabila Samsudin yang juga peminat kepada Azhan berkongsi arwah ibunya meminati lakonan pelakon itu.
"Allahuakbar… Malu saya. Sampaikan salam saya pada mak. Semoga sihat walafiat," tulis Azhan. Menyedari komen yang menjadi viral itu, Azhan membuat permohonan secara terbuka di komen berkenaan. "Allahuakbar.. Maaf saya terlepas pandang baca. Maafkan saya. Al Fatihah untuk arwah bonda awak. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," tulisnya lagi. Peminat berkenaan menyambut baik permohonan maaf Azhan dan mendoakan agar pelakon itu terus terbang tinggi dalam bidang lakonan. Sumber: Harian Metro
|
Perawankota replied at 21-3-2023 05:34 AM
Dia ni pon Kadang2 kaki sentap...
Blessed_Servant replied at 21-3-2023 03:58 PM
Ha at last ada juga yg raise up isu ni. Dia ni selalu bila jawab komen peminat memang macam gampang. ...
Rotipitadaging replied at 21-3-2023 06:57 PM
Gampang2 pun follow jugekkk...
Perawankota replied at 21-3-2023 01:34 PM
Dia ni pon Kadang2 kaki sentap...
Blessed_Servant replied at 21-3-2023 03:58 PM
Ha at last ada juga yg raise up isu ni. Dia ni selalu bila jawab komen peminat memang macam gampang. ...
fcl29 replied at 21-3-2023 07:26 PM
aku start suka n folo dia ms citer astro ramadan.. geng surau kot.. lps tu aku support citer2 dia. ...
exclusive_vvip replied at 21-3-2023 03:14 PM
sebut bab sentap ni, hakak hoji hali setan pun senang sentap ngan komen org..org puji pun x kena..ba ...
Perawankota replied at 21-3-2023 01:34 PM
Dia ni pon Kadang2 kaki sentap...
ADVERTISEMENT