Lelaki mengamuk dengan mencederakan bekas majikannya kerana tidak diberi komisen jualan kenderaan. Dalam kejadian di Jalan Semenyih kelmarin, suspek yang bersenjatakan keris kecil mengacukan senjata itu kepada seorang wanita yang juga pekerja syarikat terbabit.
"Suspek meminta mangsa segera bangun untuk dijadikan tebusan bersama seorang lagi seorang lagi jurujual yang hendak dibawa ke lokasi yang tidak pasti. "Majikan mangsa berusia 45 tahun kemudian cuba merampas senjata yang dipegang suspek sebelum berlaku pergelutan hingga mengalami kecederaan di tangan," kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan yang mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi. Tambahnya, suspek berusia 39 tahun yang positif dadah itu kemudian diberkas dan diserahkan kepada polis. "Pemeriksaan lanjut pada suspek membolehkan polis menemukan dadah eramin 5. Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek yang tidak diberi wang komisen seperti yang dijanjikan majikannya sebelum itu.
"Suspek yang juga bekas pekerja di syarikat jualan kereta itu kemudian direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
PULANGKAN replied at 21-3-2023 10:46 AM
ingatkan yang keje jual kereta ni, kena yang proper ja. tak sangka mat dadih juga layak
PULANGKAN replied at 21-3-2023 10:46 AM
ingatkan yang keje jual kereta ni, kena yang proper ja. tak sangka mat dadih juga layak
Kentot_Wangi replied at 21-3-2023 11:29 AM
Cam kzen ak la..dapat gaji x penuh. Dia nk g parang majikan dia. X pasal2 masuk jel. Dah kluar tu, b ...
nononcrux replied at 21-3-2023 11:40 AM
dan kenapa majikan dia tak kasi komisyen? sebab tak target sales ke?
Kentot_Wangi replied at 21-3-2023 08:24 PM
Entah lah. Sbb kzen ak tu keje2 kmpg je. Janji nak bg gaji lain, dapat lain. Ak dapat tahu pun dgr ...
ADVERTISEMENT