CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakit Gigi Sebab Tertinggi Ketidakhadiran Di Tempat Kerja Dan Sekolah

21-3-2023 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2081| Komen: 3

Description: Sakit gigi boleh menjejaskan ekonomi secara tidak langsung kerana ia menjadi salah satu sebab tertinggi ketidakhadiran di tempat kerja termasuk di sekolah.Jelas Presiden Persatuan Doktor Pergigian Mal ...
Sakit gigi boleh menjejaskan ekonomi secara tidak langsung kerana ia menjadi salah satu sebab tertinggi ketidakhadiran di tempat kerja termasuk di sekolah.

Jelas Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), Dr Lim Chiew Wooi, jika kesihatan gigi tidak dijaga atau gagal mendapatkan rawatan, beliau berkata keadaan seseorang boleh memburukkan sehingga menjejaskan kehidupan seharian.



Gambar hiasan

"Akhrinya, kesihatan mulut yang buruk boleh menjejaskan kesejahteraan sosial dan psikologi pada keseluruhan.

"Memandangkan kesihatan mulut yang baik menyumbang secara positif kepada kesihatan umum, kesejahteraan dan kualiti hidup kita, kita mesti menjaga mulut dengan baik dan berbangga dengannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada berucap di majlis Pelancaran Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2023, semalam.


Katanya, semua makanan manis tidak baik untuk gigi dan beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku trend penggunaan gula halus berlebihan dalam makanan dan minuman rakyat negara ini.

Berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), katanya pengambilan gula untuk golongan dewasa adalah tidak lebih daripada 10 sudu teh sehari.

"WHO kemudian menyarankan pengambilan gula tidak melebihi lima sudu teh sehari dan ia adalah lebih baik.

"Kajian menunjukkan penggunaan gula ringkas telah menyumbang kepada kadar karis, penyakit gusi, obesiti dan diabetes yang tinggi di Malaysia.

"Mungkin itulah sebabnya cukai gula dikenakan pada 2019. Namun, kami berharap lebih banyak usaha dapat dilakukan untuk mengurangkan beban kesihatan yang disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 21-3-2023 10:30 AM
gigi bongsu baru nak tumbuh.. rase mcm uncontrol emosi tu
Quote bulalof 21-3-2023 10:31 AM
hrp jadikan check up gigi kemestian.
Quote Kitty_catz 21-3-2023 11:12 AM
ya. ramai yg takut nak jumpa doketod gg, tataw sbb aper

ni jaman tak pakai mask dah.. gigi buruk ke berlubang boleh sebabkan mulut berbau

larat ke nak telan ubat tahan sakit ari? and not good for your kidney yach

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.057181 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top