Takziah diucapkan kepada penyanyi Stacy Anam dan keluarga atas pemergian abangnya, Chaq, 35. Harian Metro melaporkan, bekas peserta Mentor musim ketiga pada 2009 itu sebelum ini dirawat di hospital itu kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.
Chaq yang sudah seminggu ditidurkan akibat kecederaan dialaminya itu meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 4.30 pagi, hari ini. "Abang saya sudah tiada," kata Stacy dipetik Harian Metro. Difahamkan, keluarganya memaklumkan penyanyi sambilan itu masih bertarung nyawa selepas menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu. Keluarga dimaklumkan doktor seupaya terus berdoa memandangkan keadaannya sukar dijangka ketika itu kerana Chaq mengalami masalah jantung, hati dan limpanya luka serta tekanan darah dan jantungnya rendah selain buah pinggangnya juga terkesan. - CARI
|
ADVERTISEMENT