Lambakan peniaga tamak dan mementingkan diri mengaut keuntungan berganda dengan menipu pelanggan memang sukar dibendung. Selepas karipap angin dan sandwich tiada inti di tengah, sotong celup tepung kini menjadi sebutan.
Tular luahan individu dikongsikan di akaun TikTok @racuntiktokmalaysia89, yang kesal saiz sotong terlalu kecil disaluti tepung tebal hingga kelihatan seperti cucur. Namun tidak dinyatakan lokasi makanan popular itu dijual.
Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk ramai yang terhibur dan tak kurang juga meluahkan rasa marah kerana peniaga berkenaan sanggup menipu si pembeli. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengulas panjang lebar mengenai hal ini dengan menyatakan bahawa penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT