BEIJING: China baru-baru ini berjaya menemukan kawasan deposit emas yang besar dengan rizab hampir 50 tan metrik yang boleh dijual sekitar AS$3 trilion (RM13.5 trilion) pada harga pasaran semasa.
Biro Geologi dan Sumber Mineral Wilayah Shandong berkata, deposit emas itu terletak di luar bandar Bandar Rushan, Wilayah Shandong, timur China. “Kawasan deposit emas itu meliputi sebuah kawasan yang luas. “Bijih mudah dilombong dan dipakai,” kata biro berkenaan. Wilayah Shandong kaya dengan sumber emas dengan pengeluaran yang lebih besar daripada mana-mana kawasan wilayah lain di seluruh China sejak empat dekad yang lalu. Timbalan Ketua Briged Geologi ke-6 di biro itu, Zhou Mingling berkata, pencari dilaporkan menggali lebih 250 lubang sedalam 1,400 meter untuk mencari deposit itu. Penilaian kerajaan menunjukkan deposit itu boleh menghasilkan 2,000 tan metrik bijih emas untuk sekurang-kurangnya 20 tahun. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
Perawankota replied at 20-3-2023 02:04 PM
Ingatkan temukan rizab di tanah melayu
totokreturn. replied at 20-3-2023 07:07 PM
btul ka emas, silap2 taik menatang apa ntah ko dok gebang cakap emas
gigahertz replied at 20-3-2023 11:09 PM
yang kat malaysia tak berusik lagi.
start dari zaman portugis sampai la belanda datang british dap ...
Perawankota replied at 20-3-2023 03:33 PM
Maknanya banyak lagilah sumber kita
batmana replied at 20-3-2023 04:47 PM
.mana lagi bernilai..emas ke minyak
ADVERTISEMENT