CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Usia 70 Tahun Mati Di Bilik Hotel Ketika Langgan Pelacur

20-3-2023 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8977| Komen: 10

Description: BANGKOK – Seorang pekerja seks wanita ditahan dan didakwa selepas polis menemui mayat lelaki berusia 70 tahun di dalam bilik sebuah hotel di wilayah Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand.
BANGKOK – Seorang pekerja seks wanita ditahan dan didakwa selepas polis menemui mayat lelaki berusia 70 tahun di dalam bilik sebuah hotel di wilayah Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand.

Thaiger melaporkan, pegawai-pegawai di Balai Polis Tung Yai dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang warga emas pada pukul 10 malam (waktu tempatan) semalam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Pekerja hotel tersebut kemudian menunjukkan mayat mangsa yang dikenali sebagai Chang sedang terbaring di atas katil dalam keadaan separuh bogel serta hanya ditutupi dengan sehelai tuala.


Foto: Thaiger

Beg miliknya yang mengandungi beberapa buku dan wang tunai berjumlah kira-kira 1,000 baht (RM131) turut ditemui. Motosikal milik mangsa juga masih diparkir di hadapan hotel tersebut.

Menurut pekerja hotel berkenaan, Chang tiba di lokasi itu sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) dan menempah bilik untuk tempoh tiga jam.


Tidak lama selepas itu, seorang wanita yang menunggang motosikal tiba dan terus memasuki bilik mangsa. Kedua-dua mereka berada di dalam bilik itu sehingga pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) sebelum wanita berkenaan bergegas keluar dan menunggang motosikalnya.

Disebabkan gagal menghubungi Chang menggunakan telefon, pekerja hotel itu memecah masuk bilik berkenaan dan terkejut apabila menemui warga emas itu sudah tidak bernyawa.

Siasatan polis mendapati Chang meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung selepas mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan yang merupakan pekerja seks.

Selepas mengenal pasti identiti wanita itu, polis menahannya untuk siasatan lanjut dan dakwaan. Polis bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang dikenakan ke atas wanita itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 21-3-2023 12:42 AM
Makan ubat kuat la kot.
Quote habisnamadahni 21-3-2023 07:54 AM
mati lah kau dalam kekufuran
Quote otai_g 21-3-2023 08:15 AM
habisnamadahni replied at 21-3-2023 07:54 AM
mati lah kau dalam kekufuran

Lor ada ke org kafir yg x kufur? Cuba cerita skit.
Quote copy_paste 21-3-2023 09:39 AM
umo 70 makan ubat kuat mmg x lama la jantung tu
Quote babelina 21-3-2023 10:30 AM
bab kata nenek aku dulu.. org laki nie selagi anu nya x mati.. nk saja.. hehehe..
Quote buapakperut 21-3-2023 03:25 PM
Ni namanya nafsu kuda tapi tenaga pun tinggal nyawa2 ikan dah longlai. Camne leh jadi camni ek
Quote sangbara2020 21-3-2023 03:58 PM
jgn dipaksa burung tu terbang kan dh mendapat
Quote ifanonline 21-3-2023 05:24 PM
bakal kayu api neraka
Quote Jitu 21-3-2023 06:05 PM
men-no-pause
Quote habisnamadahni 21-3-2023 11:48 PM
otai_g replied at 21-3-2023 08:15 AM
Lor ada ke org kafir yg x kufur? Cuba cerita skit.

hahaha..mmg xde la..aku tringat dialog munafik

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.067912 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top