Lisdawati menasihatkan kepada pelakon-pelakon baharu untuk membuat perlindungan diri sebelum terjadinya insiden tidak diingini di set penggambaran. Katanya perlindungan diri seperti mendaftarkan diri dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat penting jika terjadinya kemalangan dan boleh juga dijadikan bantuan demi kelangsungan hidup pada masa hadapan.
“Pelakon yang terlibat dengan penggambaran babak aksi diibaratkan seperti menempah maut. Jadi, disarankan semua penggiat seni buatlah Perkeso sendiri. “Tidak mahal pun satu tahun dalam 300 lebih sahaja. Nasihat buat pelakon baharu, kawal diri dan pergi daftar dalam Perkeso dan KWSP. “Saya sudah mendaftar setiap tahun kerana jadual pelakon tidak menentu. Keluar rumah dikira sebagai bekerja,” katanya kepada Kosmo! Online. Bagaimanapun, Lisdawati bersetuju dengan tindakan pelakon Fasha Sandha yang tidak cepat melatah selepas tercedera pada mata kiri ketika menjalani sebuah penggambaran bersama Azhan Rani.
“Saya lebih bersetuju dengan Fasha yang mengetahui keadaannya dan tidak salahkan mana-mana pihak. “Dia sangat profesional dengan kerjanya yang tidak mahu mendengar cakap orang lain."
|
prince_marhaen replied at 21-3-2023 07:54 AM
sayang cinta mati betul acik lisda nisda ni kat jantan kotey lebam ni ye....walhal laki kuat main ci ...
prince_marhaen replied at 21-3-2023 08:54 AM
sayang cinta mati betul acik lisda nisda ni kat jantan kotey lebam ni ye....walhal laki kuat main ci ...
ADVERTISEMENT