CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fyna Jebat Tak Peduli Dikutuk Muka Memang Sesuai Jadi Penyondol, Tak Baca Pun Komen Keji Netizen

20-3-2023 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10722| Komen: 5

Description: Fyna Jebat enggan mengulas lanjut berkenaan kritikan yang mengatakan dia seorang penyondol dek kerana teruja bermain ‘filter’ di TikTok bersempena Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS), baru-baru ini. ...
Fyna Jebat enggan mengulas lanjut berkenaan kritikan yang mengatakan dia seorang penyondol dek kerana teruja bermain ‘filter’ di TikTok bersempena Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS), baru-baru ini.


Menurut adik kepada Ayda Jebat ini, tidak ada isu besar yang harus dibangkitkan kerana ia sekadar keterujaan bermain ‘filter’ pada ketika itu dan perkataan ‘penyondol’ tersebut juga keluar secara spontan.

Foto: IG

“Bagi saya benda itu tak ada apa-apapun, watak ‘penyondol’ terkeluar secara spontan.

“Jadi saya tak ada apa pun, saya hanya bermain filter sebab diajak. Saya okay sahaja,” katanya.


Sementara itu, Fyna menegaskan, dia tidak kisah dengan tanggapan dan kata-kata netizen malah bersyukur bahawa kes pergaduhan melibatkan dirinya dan madu, Datin Zalina Zaini sebelum ini telah pun selesai dengan cara baik.


“Bagi saya orang nak kata apa, terpulanglah. Ini kerana saya sendiri tak akan tengok komen netizen.



“Alhamdulillah syukur. Terima kasih sangat-sangat, saya tahu ramai yang mendoakan yang terbaik buat kami.

“Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian semua, Insya-Allah,” jelasnya.


Terdahulu, Ayda sempat berseloroh dengan menyatakan adiknya sesuai dengan watak ‘penyondol’ seperti yang tertera pada filter berkenaan dan berdoa semoga suaminya tidak dirampas.

“Adik (Fyna) watak ni sesuai untuk awak dik. Jangan sondol laki saya sudah,” seloroh Ayda. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 20-3-2023 10:01 PM
Cuba bayangkan klu lah laki dia kena sondol?
Quote hokeypokey 20-3-2023 11:04 PM
baguslah sedar diri.. aa ngaku jer senang.. nanti lama2 diam la org.. pastu esok2 gi jalan2 ngan kakak madu ko cam adira ngan tin red hokeh
Quote bungarose 20-3-2023 11:16 PM
Aper jadi kalau rumahtangga ayda laks disondol
Quote prince_marhaen 21-3-2023 08:43 AM
“Adik (Fyna) watak ni sesuai untuk awak dik. Jangan sondol laki saya sudah,” seloroh Ayda."


...rasanya selamat kot laki kau sebab tak ramai pompuan yang suka laki terencat macam laki kau..dengan sideburn cukur habis...jambang macam homeless... ehehehehe
Quote nanasno 21-3-2023 10:21 AM
laa salah baca. iols ingat kan Fynn Jamal. CEcepat iols tekan apa pulak fyn jamal jadi penyondol. rupanya fyna jebatttt. lahhhh salahhh.. nextttt. btw muka dia ni sampai skang iols tak tau macam mana. pekat sangat mekap nya filter nya sampai muka sebenar tak tau macam mana

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.044956 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top