Oleh Izzah Abbasy
Bayi sekarang tak macam dulu. Macam-macam gaya dia boleh tidur. Kalau dulu, bayi dibedung dan tidurnya pasti statik. Kini, ibu bapa moden lebih sukakan bayi mereka tidur dengan bebas dan tidak menghalang setiap pergerakan si kecil ini. Bayi yang bermasalah untuk tidur mempunyai risiko mood mudah terjejas, sistem imun menurun, dan mengganggu perkembangan otaknya. Bayi memerlukan dua kali ganda tempoh tidur berbanding orang dewasa. Perkembangan otaknya berlaku semasa tidur. Kualiti tidur bayi memberi kesan kepada perasaan, kecerdasan dan keupayaan untuk memberi perhatian dan interaksi kepada persekitaran. Bayi memerlukan tidur yang lama bagi memberi kesan terhadap perkembangan otak mereka. Ketahui info berikut tentang tidur si comel anda. 1. Tidur bayi ada dua pra-set kitaran tidur nyenyak dan tidur aktif. Semasa tidur aktif bayi akan mengagah, tersenyum atau mata berkedip. Kemudian bayi memasuki fasa tidur yang nyenyak. Ketika ini perkembangan otaknya berlaku dengan pesat di mana sel-sel otak saling berhubung. 2. Mandi air suam dan urutan akan membantu bayi tidur nyenyak. 3. Enam bulan pertama adalah tempoh bayi menyesuaikan diri dan mematangkan corak tidurnya. 4. Bayi yang tidur tidak berkualiti berisiko mengalami obesiti. 5. Tidur yang cukup mengurangkan risiko masalah kesihatan dan tekanan perasaan bayi. 6. Bayi kurang tidur akan mudah marah dan meragam. 7. Persekitaran yang suram, tenang dan senyap membantu bayi tidur lena 8. Peralatan katil bayi yang mesra bayi dan lembut pada kulit mengelakkan tidurnya terganggu. 9. Waktu tidur yang konsisten membantu bayi tidur dengan mudah apabila tiba masa tidurnya. 10. Bayi baharu lahir memerlukan jumlah tidur siang dan malam sehingga 16 jam sehari. Apabila meningkat usia 12 bulan, jumlah tidurnya berkurangan kepada 13 jam iaitu 11 jam di waktu malam dan kira-kira dua jam di siang hari (dua kali tidur). CARI Infonet Sumber info : Pama
|
20
Bagus |
15
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT