Sususlan konflik dan perselisihan faham membabitkan dirinya dan pengarah Syamsul Yusof sehingga namanya disingkirkan dari filem Original Gangster, Aaron Azizi kata, "Saya sedia berdamai dengan Syamsul Yusof dengan syarat dia datang berjumpa saya dan minta maaf atas apa yang berlaku."
Menurut Aaron atau nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, sebaik saja namanya disingkirkan dari filem Original Gangster, Syamsul tidak ada berhubung dengannya sampai sekarang. "Saya tidak mahu menceritakan masalah apa yang berlaku antara kami kerana tidak mahu membuka aib. "Malah, saya mahu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tapi dia menolak," katanya kepada Harian Metro. Mengulas mengenai filem Original Gangster, kata Aaron, dia mengakui berasa kecewa bila disingkirkan dari berlakon dalam filem itu.
"Saya sudah bekerjasama dengan Syamsul dalam projek filemnya selama 12 tahun iaitu sejak 2010 lagi. "Saya juga terbabit dalam empat projek filem besarnya termasuk KL Gangster dan KL Gangster 2 sebelum ini," katanya. Terdahulu, Aaron mendedahkan namanya digugurkan dari berlakon dalam filem Original Gangster arahan Syamsul. Namun, Aaron tidak mahu mengulas terperinci mengenai isu terbabit kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. -CARI Sumber: harian Metro
|
babelina replied at 20-3-2023 04:27 PM
bini dia pn dia bole abai 4 tahun.. ini pula ko AA..
asfaz replied at 20-3-2023 07:18 PM
Nti sopi jikang up pulak story..gua tahu apa berlaku tp gua tak boleh bagitau. aritu dia dah in ...
ADVERTISEMENT