Seorang perancang perkahwinan, @harryzulhairi, berkongsi kisah seorangpengantin perempuan dikenali sebagai Zetty Aziz yang berkahwin sejurus selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa minggu lalu.
"Semalam pergi sekolah, hari ni pergi kahwin," tulis perancangan perkahwinan itu di ruangan kapsyen akaun media sosialnya. Dalam video berdurasi kurang satu minit itu, pada awalnya Zetty dilihat lengkap berpakaian uniform sekolah. Dia kemudiannya mengubah penampilan dan kelihatan apabila manis mengenakan busana pengantin daripada material songket rona biru dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 16 Mac lalu itu. Lebih meyakinkan apabila jurusolek, Nursyakila Wan Abdullah turut berkongsi beberapa keping foto di Facebook setelah Zetty siap dimekap. Dalam hantaran lain yang dimuat naik, difahamkan majlis bertandang pula berlangsung di Kampung Semaloi, Endau, Johor dua hari kemudian iaitu pada 18 Mac lalu.
Meninjau pada ruangan komen di TikTok, warga maya mengucapkan tahniah atas perkahwinan pasangan pengantin baharu itu. Malah, ramai yang bersetuju dengan komen seorang pelayar yang menyatakan 'the real lepas SPM terus kahwin' pada video berkenaan. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang 'mencemburui' perjalanan hidup Zetty yang bertemu jodoh awal berbanding mereka. "Jodoh awal betul dik. Akak (umur) 33, bayangan pun tak nampak lagi. "Tahniah dik jodoh awal. Akak yang umur 21 ni pun tak kahwin lagi... jodoh tak sampai lagi. "Macam sayalah lepas SPM je kahwin. Kawan-kawan sekolah ramai yang masuk universiti tapi saya dah timang anak. Apabila lahir anak pertama ramai tanya, adik ke tu," komen netizen berkongsi pengalaman. Walaupun jodoh gadis ini dikatakan cepat berbanding kebanyakan orang, perkara lebih penting adalah masing-masing perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri selepas mendirikan rumah tangga. Secara umum, Enakmen Keluarga Islam dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] menetapkan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan. Hal yang sama terpakai kepada orang bukan Islam. Bagaimanapun had umur yang ditetapkan ini berbeza mengikut negeri. Namun begitu ia bukanlah halangan untuk pasangan bawah umur berkahwin asalkan mereka perlu mendapat kebenaran keluarga serta dibenarkan oleh pihak mahkamah. -CARI Sumber: mStar Online
|
Carcosa replied at 20-3-2023 01:09 PM
Nak mengelakkan maksiottttt, kata mak dan ayah.
Ah lantaklah ko berdua. Kang berjimak aje ler pagi p ...
lattehazelnut replied at 20-3-2023 01:33 PM
Cepat kawin.. cepat beranak.. cepat cerai..
Kat dating app umur 24 25 suami n bini org anak dua tiga ...
ADVERTISEMENT