CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terkedu Anak Tingkatan 4 Sanggup Tolak Masuk Kolej, Nenek Terlantar Sakit Dan 7 Adik Tiada Siapa Nak Jaga

20-3-2023 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6645| Komen: 41

Seorang ibu menyatakan anaknya yang akan memasuki tingkatan empat mendapat tawaran dari Kolej Vokasional Tanjung Puteri dalam kursus Teknologi Automotif.

"Bila keluar keputusan, barulah dia cakap 'siapa nak bantu mama dan ayah uruskan Nenek Ani? Siapa nak uruskan adik-adik?'


"Patutlah beriya tak nak masuk kolej," demikian antara kapsyen yang ditulis si ibu.

Farisa Karmila berkata, dia sendiri terkesima bercampur sebak selepas anak sulungnya, Nur Faieza Farisa Mohd Fariduddin Fawwaz memilih untuk mengutamakan keluarga berbanding perkara yang melibatkan masa depannya.


Along (duduk) merupakan anak sulung daripada lapan adik beradik, Foto: mStar

"Sebenarnya sebelum Along mohon kolej, dia tanya dulu dan saya setuju saja. Selepas menjawab ujian kemasukan kolej, dia kata tak jadi nak masuk tapi tak cakap sebab.

"Kemudian selepas dapat panggilan interview, sekali lagi cakap tak jadi pergi kalau dapat. Saya tanya 'Along nak kerja ke?' tapi dia masih tak cakap sebabnya. Bila keluar keputusan pada 17 Mac baru-baru ini, saya tanya lagi sekali.


"Terus dia cakap siapa nak jaga adik-adik dan Nek Ani. Saya rasa sedih bila dengar kata-katanya. Dia pilih untuk utamakan keluarga ketika remaja lain teruja nak capai impian, tapi dia tolak," ujar wanita berusia 34 tahun ini mengenai anak sulungnya yang digelar Along.

Menurut Farisa yang merupakan ibu kepada lapan cahaya mata, Along merupakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab, ringan tulang dan tidak pernah merungut meskipun masa remajanya banyak dihabiskan untuk keluarga.

"Along ada tujuh adik dan sebagai kakak, dia banyak membantu jaga adik-adik. Selain itu, dia juga jaga nenek saudaranya, Nek Ani yang terlantar sakit. Kami menjaga Nek Ani sejak 10 tahun lalu.

"Sebab terbiasa tengok saya dan suami uruskan Nek Ani, dia tak kekok langsung mandikan, bersihkan, bagi makan untuk Nek Ani lebih-lebih lagi bila saya sibuk berniaga makanan.

"Kadang-kadang dia bantu kami berniaga juga. Ada masa dia keluar juga dengan kawan-kawan tapi lebih banyak masanya untuk keluarga," ujar ibu kepada cahaya mata berusia antara enam bulan hingga 16 tahun ini.

Bagaimanapun ujar Farisa, dia dan suami memujuk anak sulung mereka agar menerima tawaran tersebut demi masa depannya.

"Bahkan Nek Ani pun pujuk dia. Kami kata, urusan di rumah, biarlah mama ayah dan adik-adik yang dah besar uruskan. Akhirnya selepas dipujuk, Along akur untuk terima tawaran itu," ujarnya yang menetap di PPR Kempas, Johor Bahru.

Farisa menambah, Along akan mendaftar masuk ke kolej berkenaan pada 27 Mac ini.

Tidak menyangka perkongsian kisah Along meraih melebihi 1.2 juta jumlah tontonan, Farisa berkata dia terharu apabila mendapati rata-rata warga maya memberikan komen positif dan sokongan buat anak sulungnya itu.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan komen yang positif. Malah ramai yang mendoakan kejayaan Along. Semoga doa itu semua berbalik kepada mereka juga.

"Saya sekadar kongsi video itu untuk dijadikan kenangan. Dalam masa yang sama, mahu sampaikan mesej positif kepada orang lain. Tak ramai remaja yang sanggup nak jaga orang tua sebab sebenarnya ia tak mudah.

"Mudahan secara tak langsung, menerusi video ini, saya dapat berkongsi nilai-nilai murni dengan orang lain," akhirinya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 20-3-2023 10:12 AM
ini pun masuk isu semasa?
Quote ifanonline 20-3-2023 10:14 AM
probably its time for malaysian men to practice excessive mastubration...for family planning, nak beli kondom bukannya murah...

practice mastubration rather than smoking vape or cigarette
Quote Rdizz 20-3-2023 10:15 AM
Nk hrp org ramai derma ke?
Quote laksmanabentan 20-3-2023 10:38 AM
ifanonline replied at 20-3-2023 10:14 AM
probably its time for malaysian men to practice excessive mastubration...for family planning, nak be ...


pancut luar aja laa... time nak pancut, cabut jer....
Quote allshares 20-3-2023 10:48 AM
Ya Alloh mati2 ingat along tgh pangku anak sendiri. Kesian tua sebelum usia. Bgs la mak pak pujuk anak sambung belajar dok asrama. Hopefully ada la masa utk diri sendiri pasni. Sian sgt tanggungjawab jaga adik2 mak pak dah kasi kt anak.
Quote allshares 20-3-2023 10:51 AM
Wait. Dok ppr tapi anak 7 org? Oh my mcm mana la hidup tuh. Baru umo 34 thn anak dah susun mcm paku, masih productive tu silap2 sampai ke 10 anak perginya. Sian anak2. Harap along dok asrama lebih tenang pasni.
Quote prettyuglybabe 20-3-2023 10:54 AM
itu menunjukkan kegagalan mak bapak uruskan dan tunaikan tanggungjawab..
patutnya tanggungjawab jaga uruskan anak-anak pada ibu bapa tapi kome dok beranak sampai anak yang tua kena amik alih tugas urus rumah jaga adik-adik..
duduk ppr pun tetap nak beranak ramai..
Quote CatMiow 20-3-2023 10:55 AM
Pergh..nama mak,ayah anak.modern2 semua.

Kalau rasa nak tolong jaga mak ayah, baik belajar kemahiran menjahit. Tempat saya, susah nak cari tukang jahit. Income pun boleh tahan.
Quote CatMiow 20-3-2023 10:57 AM
allshares replied at 20-3-2023 10:51 AM
Wait. Dok ppr tapi anak 7 org? Oh my mcm mana la hidup tuh. Baru umo 34 thn anak dah susun mcm paku, ...

Ppr, tapi nama berbelit lidah. Nasib baik tak de nama ala2 omputih.
Quote midori888 20-3-2023 10:59 AM
prettyuglybabe replied at 20-3-2023 10:54 AM
itu menunjukkan kegagalan mak bapak uruskan dan tunaikan tanggungjawab..
patutnya tanggungjawab jaga ...

Agreed ...patut si Along gi sambung belajar utk ubah masa depan family....
Quote shida81 20-3-2023 11:11 AM
Apa issue nye ni
Quote KamikuP 20-3-2023 01:07 PM
Untunglah umur 34 dah ada anak sulung yg matang. Korang adoo? Takdo kan??  ekekekek
Quote lyshafull 20-3-2023 01:11 PM
So ksmpuan kesian dekat anak dapat mak pak x geti nk kawal beranak
Quote ninja boy 20-3-2023 01:13 PM
Tanggunjawab diri sendiri untuk sediakan wang simpanan yg byk atau sawit sewa rumah utk byr gaji caretaker masa tua
Quote Antifake 20-3-2023 01:57 PM
Kesian anak sulung. Bukan kerja dia nak jaga adik beradik dengan nenek sekali. Sekadar membantu sikit x pala. Itu keje mak bapak. X ada zaman remaja budak ni
Quote pinkpunk 20-3-2023 02:13 PM
mak bapak bingai.. sian anak
Quote ariel_mermaid 20-3-2023 02:56 PM
Umur 34, anak first umur 16, pastu bingai tanya anak tu nak kerja ke. Nak pakai result apa nak kerja tu.
Quote namr 20-3-2023 04:29 PM
heran aku, mak bapak jenis apa gini..budak bukan anak yatim, ada mak bapak tu
Quote asmurai 20-3-2023 04:44 PM
Ni sejenis mak yg tak sayang+kesian kat anak, fikir sedap/senang diri sendiri je

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.195239 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top