CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Pelik Lampu Van Jenazah Menyala Sendiri Jam 1.30 Pagi, Dah Tutup 'Dibuka' Balik

20-3-2023 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5043| Komen: 16

Description: Rakaman memaparkan lampu signal sebuah van jenazah yang menyala sendiri pada pukul 1.30 pagi yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok berjaya meraih perhatian.
Rakaman memaparkan lampu signal sebuah van jenazah yang menyala sendiri pada pukul 1.30 pagi yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok berjaya meraih perhatian.

Dalam rakaman tersebut, gangguan itu dilihat berlaku beberapa kali meskipun pemiliknya telah mematikan lampu van tersebut.




Antara komen:

"Lepas hantar jenazah terus balik rumah ke bro? Ada yang ikut balik tu.

"Jenazah dah dihantar tapi tuannya masih di situ.

"Aku tengok video ni pun meremang.

"Sedangkan hantu pandai bagi signal. Manusia masuk simpang pun tak bagi signal."



Menurut Pengasas Persatuan Amal Dan Jariah Sabah, Masrul Guding, 33, van miliknya itu tidak mempunyai sebarang masalah, sekali gus membuatkan dia hairan memikirkan tentang gangguan aneh pada 3 Mac lalu.


"Pada hari kejadian, adik saya pergi hantar jenazah di Ranau. Dia balik pukul 10 malam dan letakkan van itu depan rumah saya.

"Dalam pukul 1.30 pagi, jiran telefon, dia maklumkan lampu van jenazah menyala. Saya keluar, tengok lampu signal menyala. Jadi saya matikan lampu tu, kemudian ia menyala balik.

"Tak lama kemudian, bila saya periksa dalam van, saya nampak macam suis ditekan. Terus saya buat video. Selepas dimatikan, ia menyala lagi. Ia berlarutan sampai tiga kali," ujarnya yang menetap di Ranau.

Menurut ahli perniagaan yang turut berkhidmat sebagai pemandu van jenazah itu, kejadian tersebut merupakan pertama kali dialaminya sepanjang penglibatannya dalam dunia kebajikan.

"Selama bawa van jenazah ni, dah tiga tahun, hampir 800 jenazah dengan pelbagai jenis kejadian. Ini kali pertama saya kena gangguan. Punca terjadi pun tak pasti.

"Sebelum ni ada juga keranda berbunyi. Itu normal la sebab van bergoyang ketika dipandu. Saya hanya bersangka baik, enggan fikir bukan-bukan.

"Setakat ini belum pernah lagi ada 'benda' pelik-pelik muncul depan-depan," ujarnya berseloroh.

Masrul berkata dia juga tidak kisah sekiranya ada individu yang menganggapnya mereka-reka cerita memandangkan hanya dirinya yang ada di tempat kejadian.

"Selama ini ada juga perkara pelik terjadi, tapi masih boleh dikaitkan dengan sains dan teknikal. Tapi kali ini bab tekan suis tu yang tak boleh fikir habis.

"Terpulang pada individu mahu percaya atau tidak. Saya sekadar berkongsi pengalaman membawa van jenazah saja," ujar Masrul.

Mengenai dirinya, Masrul berkata dia sudah mengasaskan persatuan yang menjalankan kerja-kerja kebajikan itu sejak Oktober 2020.

Setakat ini, Persatuan Amal Dan Jariah Sabah mempunyai empat van jenazah yang boleh digunakan secara percuma oleh rakyat negeri itu.

"Pertamanya saya buat khidmat van jenazah percuma. Kemudian saya juga ada buat khidmat pengurusan jenazah percuma. Selain itu, saya juga ada buat khidmat ambulans untuk ambil pesakit secara percuma dari rumah.

"Selain persatuan ini, saya juga ada buat bisnes penghantaran kereta dari Sabah Sarawak ke Semenanjung," ujar Masrul lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 20-3-2023 10:03 AM
Edited by supernaturalee at 20-3-2023 10:32 AM

tu diaaa



Quote ctaz 20-3-2023 11:45 AM
PERGHHHH....
Quote KamikuP 20-3-2023 01:05 PM
Wiring short kot nohh..
Quote Skuau 20-3-2023 02:41 PM
ko main lampu yer...mambang....
Quote kotakbaju 20-3-2023 02:48 PM
Ntah2 3 sekawan yg jadi roh tu dok main dalam van jenazah macam citer kat  osem tv tu. Tajuk apa tak ingat
Quote midori888 20-3-2023 02:52 PM
Main lampu takper, jgn dia main horn sudah, kacau org nak tido pulak
Quote ChildrenOfBodom 20-3-2023 02:58 PM
kereta aku penah jadi lebih kurang mcm ni... parking kat bawah satu pokok ni, bila mati enjin dia hidup balik sendiri. then aku p parking tmpt lain ok ja mati enjin, then pi kt pokok tu jadi balik, 3 kali aku try kt bawah pokok yg sama dia jadi gitu, bila p parking tmpt lain ok...
Quote prettyuglybabe 20-3-2023 03:03 PM
hantu bagi warning suruh keluar parking elok-elok..
pantang betul dah tau bawa kenderaan panjang parking menegak gitu..
sampai separuh dari laluan kau block..
tak ke menyusahkan orang lain nak lalu..
Quote Jitu 20-3-2023 03:20 PM
tak seram
cuma parking mcm tu tak menghalang laluan ke
Quote rogayahtop 20-3-2023 03:45 PM
takde pulak netizen yg hijab terbukak nampak apa2 dalam video ye. kalau tak ada la makcik2 reseller produk timbang kilo buat promo selepas claim nampak ada budak kecik perempuan pakai gaun pink rambut kembang tengah korek hidung.
Quote HabukBesi 20-3-2023 03:46 PM
wah mambang lain mcm ni  
Quote myakayina 20-3-2023 03:49 PM
biasalah van jenazah...
Quote sailormars 20-3-2023 07:23 PM
haaaaa jage2 cik salmah...jage jage
Quote Skuau 20-3-2023 11:07 PM
ChildrenOfBodom replied at 20-3-2023 02:58 PM
kereta aku penah jadi lebih kurang mcm ni... parking kat bawah satu pokok ni, bila mati enjin dia hi ...


ada:
tanya sama pokok...apa sebab hidup???
Quote mojarean_X 20-3-2023 11:11 PM
Wat x tau je...benda tu mmg wujud
Quote ultra78 21-3-2023 06:37 AM
Belaan la tu main suis hazard light.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.235525 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top