Mengejutkan apabila sejumlah daun ketum ditemui berselerakan di lokasi kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Bukit Putus, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun dari arah Seremban ke Kuala Pilah itu dikatakan bertembung dengan sebuah lori tangki minyak. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ketika anggota unit kereta peronda (MPV) tiba di lokasi, pemandu Proton Waja sudah dibawa ke hospital manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
|
ADVERTISEMENT