CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM bayangkan timbang semula perkhidmatan Touch n Go

19-3-2023 06:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 508| Komen: 7|Original author: Tatod

Description: MonopoliTouch 'n Go mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika memberi bayangan itu berkata Touch 'n Go sudah ...
Monopoli Touch 'n Go mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika memberi bayangan itu berkata Touch 'n Go sudah beroperasi selama dua dekad namun tidak meyakinkan atau mempunyai perkembangan.


Menjawab soalan sama ada kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk melihat semula Touch 'n Go, Anwar berkata: "saya rasa anda betul".


"Kita akan menimbangkannya semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab terbuka bersama belia yang diadakan buat julang kalinya di program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Pada sesi soal jawab terbuka itu, lebih 8,000 belia diberi peluang untuk bertanya terus kepada Anwar bagi mendapatkan pelbagai informasi berkaitan pemerkasaan belia.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Orangkaya99 20-3-2023 01:15 PM
kalau topap nka kene cash je manjang..
Quote KamikuP 20-3-2023 10:00 AM
Mohon TNG upgrade kad TNG lama bole top up online berbanding nak tukoar kad baru yg selalu takde stok bila nak beli. Apoooo la
Quote cikatilia 20-3-2023 09:21 AM
tng is mudah for us penaik kenderaan awam tegar.. ke nak tukar cash balik
Quote laksmanabentan 20-3-2023 09:19 AM
da okay jer touch n go tu... kalau lalu tol.. kalau naik public transport... kalau bayar parking...

tak elok di mana???
Quote mekfazura 20-3-2023 09:11 AM
CiliPadiSedap: Apa bendanya touch and go banyak public transport boleh swipe xperlu beratur beli coint baru. Touch and go lah bagus untuk tol dan transport  Orang ra ...
DEP NI KLAU BOLEH RFID NAK BENAM DALAM KULIT KITA...ASAL LALU JE KENA BAYAR
Quote CiliPadiSedap 19-3-2023 06:38 PM
Bagi jelah rakyat pilihan touch and go atau apa? Jgn monopoli company baru pula.
Quote CiliPadiSedap 19-3-2023 06:07 PM
Apa bendanya touch and go banyak public transport boleh swipe xperlu beratur beli coint baru. Touch and go lah bagus untuk tol dan transport

Orang ramai dah selesa dengan touch and go kenapa nak ubah?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.030623 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top