CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizan Razak Dedah ALami 'Anxiety' Semasa PKP, 2 Tahun 'Blur' & Segan Naik Pentas

19-3-2023 02:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 279| Komen: 1|Original author: Tatod

Personaliti, Zizan Razak mendedahkan dirinya diserang 'anxiety' sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini pengakuan pertamanya kepada media.

"Saya diserang anxiety. Saya tak nak keluar rumah dan hanya duduk dalam bilik. Memang rasa sangat tertekan," katanya.



Tambahnya lagi, dua tahun dunia dilanda Covid 19 dan beberapa fasa yang telah dilalui termasuk PKP telah merubah banyak kehidupannya kini.

"Saya rasa macam ditampar dan terduduk apabila dunia diserang C19. Saya fikir sampai bila benda seperti ini akan terjadi. Tapi, hikmahnya, apabila C19 terjadi, ia buat saya sentiasa beringat, sayang jangan terlalu sayang, benci jangan terlalu benci, macam kata Rasulullah, berhenti sebelum kenyang," katanya.

Walaupun negara sudah semakin pulih daripada virus tersebut namun pelakon filem Polis Evo itu mengakui masih menyesuaikan diri dengan keadaan yang sudah normal.


Ia termasuklah kembali menyesuaikan diri untuk kembali menghiburkan khalayak dengan statusnya sebagai pelawak.


"Dua tahun saya blur, naik stage sekarang pun segan-segan.Bila nak kembali berlakon pula, saya kena baca skrip betul-betul dan perlu mempersiapkan diri untuk masuk balik ke alam kerjaya dengan sebaiknya.

"Sejujurnya, saya memang terkesan dengan C19. CUma selama ini saya tak kongsikan kerana percaya bukan saya seorang yang mengalami anxiety," katanya.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote esbok 20-3-2023 08:57 AM
Ada juga orang keliling aku, orang dah mula keluar rumah, dia tak keluar keluar lagi. Bahaya juga kalau biarkan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.030761 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top