CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suka tengok Nad Zainal, Ungku 24 jam berkepit

19-3-2023 01:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 591| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Setiappasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai prinsip tersendiri dalam menjalani kehidupan berumah tangga.Sama juga halnya dengan Nad Zainal yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Ungku ...
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai prinsip tersendiri dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Sama juga halnya dengan Nad Zainal yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Sejak berkahwin macam-macamlah cerita timbul tetapi pasangan ini memang tak layan langsung dan berdiam diri sehingga hari ini.


Tolak ke tepi cerita itu, satu perkara yang Diva perasan ialah mereka kini kerap bekerja bersama-sama. Di mana ada Nad, di situlah ada Ungku.

Mungkin ramai sudah bertanya mengenai hal itu, Nad ada juga memberitahu dia okey sahaja bekerja dengan suaminya.

“Susah tak bekerja dengan suami?

“Ya dan tidak tetapi gembira dia ada di depan saya 24 jam,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.


Betul juga apa yang Nad cakap, isteri mana yang tidak lega apabila tahu semua aktiviti suami sendiri.

Mungkin itu cara mereka, orang lain berbeza pula. Tak apalah Nad, asalkan bahagia dan semoga timang anak cepat-cepat ya.

DIVA: Ramai masih bersuara menuntut ‘video penjelasan’ yang dijanjikan Nad sebelum ini. Bila agaknya?


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote cikatilia 20-3-2023 09:33 AM
try keje pejabat astu nak kepit gak...eh nyampah la eh terpaling happiness la ni ya
Quote Perawankota 20-3-2023 04:28 AM
Jadinya nak bgtau apa
Quote AcikBuncit 19-3-2023 09:48 PM
I think cuz ungku ni jns kki kontrol n cmburu kot..tu nk kepit je hahaha
Quote MisXoXo 19-3-2023 06:58 PM
Sejak kawin mcm kwn2 pun krikk2 ke apa dgn dia ni
Quote makneng 19-3-2023 04:11 PM
Haihhh betul2 awal mak hari ni  

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.032478 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top