CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Produk Biskut Mahal, Shuhada Pakai Bahan Setanding Hotel 5 Bintang

19-3-2023 02:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 861| Komen: 21|Original author: Tatod

Cubaan bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil dengan produk jenama Shelup Shelup mendapat kritikan ramai apabila ada segelintir pihak mendakwa ia dijual dengan harga tidak masuk akal.

Ia susulan biskut dengan enam pilihan berlainan perisa bersama sos cicah itu dijual dengan harga RM179 dan ramai menganggap ia terlalu mahal dan tidak mampu untuk membelinya.


Tampil menjelaskan perkara itu, Shuhada, 29, berkata, pihaknya mengenakan caj tersebut memandangkan bahan-bahan permium digunakan untuk membuat biskut tersebut.

Pihaknya tidak menggunakan coklat sembarangan makah memberitahu sos cicah dihasilkan setanding dengan yang dihidangkan di hotel bertaraf lima bintang.

"Dipping sauce kita bukan cap ayam. Bukan sos pencicah murahan seperti yang dicanang makcik bawang tu.

"Pertama, saya beri nama Milky Chocolate yang menggunakan jenama coklat terkenal seluruh dunia. Semua orang kenal.


"Kedua, Bueno Bueno yang ada filling Kinder Bueno Hazelnut White Chocolate dan terakhir sos karamel ala pencuci mulut di hotel lima bintang," katanya.


Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shuhada turut menegaskan produk jualannya bersesuaian dengan harga kerana boleh dinikmati seisi keluarga.

"Untuk yang baharu tengok Shelup Shelup jangan cepat melompat. Dalam satu kotak ada enam jenis biskut. Bukan enam ketul ya. Memandai je yang komen tu.

"Harga memang bukan untuk makan seorang. Kuantiti dalam pun boleh kongsi satu keluarga. Jadi, ini bungkusan raya yang berbaloi untuk dikongsi satu keluarga," katanya.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nanasno 21-3-2023 02:49 PM
kinder bueno pun jual rm4.20 satu plastik tu. kalu beli dekat langkawi sekotak ada 8 plastik tu baru rm 20. baikla aku beli kinder bueno dah tentu tentu kinder ori punya sedapppp. sori dekkkk.
Quote KamikuP 20-3-2023 10:14 AM
RM179 meolls bole beli brg dapur kat AEON siap dpt double points pakai kad AEON debit yaachh.. takpe la moga berjaya ya shu shu
Quote ayukpingu 20-3-2023 08:33 AM
mungkin target market dia bukan org macam aku...ermm takpe lah...rm179 aku boleh dpt sepasang baju raya.kihkih

good luck la shu..
Quote intan244 20-3-2023 06:50 AM
jual la kat tiktok, senang sikit nak beli.
Quote CinnamonR 20-3-2023 06:45 AM
Ramai org jd nyampah plak..dia feeling2 retis
Quote margo20 20-3-2023 01:04 AM
Setau aku cap ayam lg mahal dr brand lain mcm king cup ke
Quote matjerk 19-3-2023 11:58 PM
"Mcm dicanang makcik bawang" katanya
Quote matjerk 19-3-2023 11:57 PM
Kenapa tak boleh komen?
Quote matjerk 19-3-2023 11:56 PM
Kan?
Quote matjerk 19-3-2023 11:56 PM
doubleA: Sejarah membuktikan ko jual ha ...
Tepat sekali. Lemak jual chocojar... pastu bg circle2 kaya2 free mcm anak vincent... pastu anak vincent tu repost.. nanti.ada la circle2 depa beli... awok??? Circle awok sape?? Puteri Sarah beli?
Quote doubleA 19-3-2023 09:54 PM
Sejarah membuktikan ko jual harga marhaen lagi banyak org beli, kaya juga. Contoh inai nekta dan tudung pajura. Retis pun jual harga mampu milik inikan pulak ex retis whoareyus. Siapa nak beli benda manis tak elok utk org tua atau kanak2 baik la jual benda berfaedah dgn harga mampu milik, yg kisahkan kisah ko ni bukan golongan t20 pun dan takdanya datin2 tu nak beli. Sila berpijak di bumi nyata. Iols pun takkan beli walau mampu, syg duit bazir
Quote mekfazura 19-3-2023 07:57 PM
BARU KU TAHU KENAPA KO KENA LEMPANG SBL NI
Quote kaedahnya 19-3-2023 07:54 PM
buata macam lofa tu semua benda tolak kat stokis ke agent ke dealer ke dropship ke apa.
tapi tu aa kalau target market dia rakyat marhaein, harga macam tu siapa nak beli dik oii. boleh dapat sebulan groceries kalau kena gaya.
Quote xtinkerbellx 19-3-2023 05:26 PM
Baik beli baju raya harga mahal gitu
Quote Goodluckdontcry 19-3-2023 04:36 PM
Den xde apa nak komen psl benda alah diats sbb mcm tah apa2 je..ko jgn over sgt dik, nanti situasi terbalik, up to down, down to down down down..dlm longkang..org menyampah dgn ko dik...be wise je la..

Cuma den nk tulis .pandai pun msg2 dh tua bangka tulis Bismillahirrahmanirrahim dgn penuh tertib..den tgk ramai dh para retis mengeletis tulis penuh..bkn lg Bismillahi Masha Allahi.??.tahla den xingt...

Tp bgsla dah reti tulis Bismillahirrahmanirrahim dgn tertib..ke dulu xreti tulis/mengeja dgn tertib?? Kehkehkeh ( ngata org, den pun bila tulis kelautan dlm..hikkkkk (bunyi kuda dik).
Quote bondeh 19-3-2023 04:32 PM
Orang compare dengan coklat Godiva. Baik beli Godiva.
Quote sambaldurian 19-3-2023 03:59 PM
Ermm skim jenama.com ke,ibarat yg kerepek sayur tu pun kt shopee jual berkilo2, pastu repack. Brownies nipis pun cm gitu. Beli berbekas2, tampal sticker. Padahal kilang sama.
Quote Thunderclouds 19-3-2023 03:17 PM
Sapa nk beli,p beli. Yg xnk xyah beli.
Aku nk beli wat raso² pn xgamak nk beli.
Xde produk pakaian/mknan retis@ex retis² dlm rumahtgga aku.
Jgn biar diri korang buta² kna scam.
Quote airmineral 19-3-2023 02:29 PM
tetap lah xkuasa nak beli
iols mahu beri simpati saja apa yg terjadi pada dia
duit iols baik iols beli benda yg confirm iols nak
Quote B40tastePosh 19-3-2023 02:28 PM
Carcosa: Bahan bukan cap ayam? Muka kau ...
Dia ni ada ijazah atau diploma masakan atau teknologi makanan ke? Sembang mengalahkan saintis kann

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082746 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top