CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bazir masa lebih 500 jam dalam kenderaan!

19-3-2023 12:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 323| Komen: 3|Original author: Tatod

Description: Secarapurata, setiap penduduk Lembah Klang terpaksa menghabiskan masa lebih 500 jam di dalam kenderaan setahun akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas khususnya ketika waktu puncak, dengan kos ...
Secara purata, setiap penduduk Lembah Klang terpaksa menghabiskan masa lebih 500 jam di dalam kenderaan setahun akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas khususnya ketika waktu puncak, dengan kos yang ditanggung pula lebih RM3,696.

Bagi pecahan setiap bulan, purata penduduk di kawasan berpendudukan tinggi ini terpaksa membazir masa 44 jam sebulan dengan jumlah nilai kerugian produktiviti RM308 membabitkan bahan bakar dan sebagainya.

Ia dapatan hasil kajian yang dilaksanakan oleh firma pemetaan digital antarabangsa bersama kajian lapangan daripada pakar tempatan bagi 2023.



Perkara itu turut didedahkan oleh Pensyarah Kanan (Kejuruteraan Pengangkutan) Jabatan Kejuruteraan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim, yang turut menyatakan bahawa jumlah purata kenderaan di kawasan berkenaan sangat menyumbang kepada masalah ini.

Menurut Ahmad Nazrul, lebih tiga juta kenderaan keluar masuk setiap hari di Kuala Lumpur dan untuk waktu puncak, lebih 10,000 unit kenderaan keluar masuk dalam sejam, sekali gus mengakibatkan kesesakan jalan.

"Kadar pembandaran di negara ini pada dua tahun lalu adalah 77.7 peratus dan Kuala Lumpur adalah satu daripada kawasan yang paling pesat membangun dengan kepadatan penduduk 6,891 orang untuk setiap kilometer persegi.

"Pembangunan antara negeri yang tidak sekata di negara kita mengakibatkan segalanya tertumpu di Lembah Klang.

"Terlalu banyak projek pembangunan yang ditumpukan di Lembah Klang semata-mata yang meliputi Selangor dan Kuala Lumpur serta boleh dikatakan, sebahagian besar pelaburan dan peluang pekerjaan dialirkan ke kawasan ini," katanya kepada Metro Ahad.

Ahmad Nazrul berkata, faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini adalah tahap kebergantungan penduduk negara ini terhadap kenderaan persendirian masih tinggi.

Menurut Ahmad Nazrul, isu ini boleh dibuktikan menerusi statistik perkongsian mod pengangkutan awam pada 2018 adalah sebanyak 20 peratus berbanding kenderaan persendirian iaitu 80 peratus.

Gambar hiasan

"Selain itu, kadar pemilikan kereta yang direkodkan saban tahun adalah tinggi dengan merujuk kepada data Persatuan Automobil Malaysia (AAM), secara konsistennya, lebih 500,000 kereta terjual di negara ini setiap tahun sejak 2010 sehingga 2022.

"Tahun 2022 menyaksikan jumlah kenderaan yang terjual di negara ini melepasi 700,000 unit setahun, buat julung kali dalam sejarah iaitu 721,000 unit.

"Bagi tempoh tiga tahun daripada 2020 hingga 2022, terdapat penambahan 1.76 juta bilangan kenderaan baru di atas jalan raya dan keadaan ini memburukkan lagi isu kesesakan trafik di negara kita," katanya.

Ahmad Nazrul berkata, terdapat juga isu 'bottleneck' iaitu berlakunya penyempitan lorong jalan daripada keadaan sebenar sehingga mencetuskan kesesakan luar biasa.

Katanya, ia membabitkan aktiviti pembinaan dan kerja-kerja lain yang banyak terdapat di atas jajaran jalan raya di sekitar Lembah Klang akan menyebabkan isu bottleneck.

Menurut Ahmad Nazrul, kadar kemalangan jalan raya yang tinggi terutamanya di Lembah Klang juga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

"Kemalangan boleh menyebabkan penutupan jalan dan boleh mengganggu aliran lalu lintas selama beberapa jam," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nanasno 21-3-2023 02:55 PM
nak compare timing last last lagisenang bawak kereta dari naik train. jangan la kl ni terenti dengan MRT 3 je. sambung la projek MRT lain untuk connect kan kawasan dalam kl dan luar kl.
Quote Nizleen86 19-3-2023 11:00 PM
Public transport pun mhl. Belum lg yg parking pun penuh. Last2 x brbaloi pun baik bwk keta je. Tak pyh kena jln turun naik stesen. Huh!
Quote SalenaGomez 19-3-2023 06:08 PM
Sebab tu penting nya bila buat mrt lrt bas sume tu kaji betul2 laluan dan jaringan laluan nya tu…kadang2 SG rasa x efisen dan menyusahkan membuat kita terpaksa memilih drive kereta juga

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.031859 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top