Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid, 57, memaklumkan dia tidak merancang untuk bersara dari bidang seni yang sudah diceburi hampir empat dekad lalu dalam tempoh terdekat ini.
Sheila atau nama sebenar, Shaheila Abdul Majid berkata, dia juga mahu meneruskan bidang seni yang juga periuk nasinya itu dalam tempoh beberapa tahun lagi. "Saya sangat mencintai bidang muzik dan persembahan. Saya akan buat bila ada permintaan dari peminat dan tawaran tidak pernah putus.
"Melihatkan permintaan dan sambutan dari peminat, lama lagi lah saya mahu bersara, mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi. "Konsert bersama Big Band pun adalah memenuhi permintaan dari peminat setia," katanya kepada Harian Metro. Sheila ditemui pada sidang media selepas Konsert Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, malam tadi.
|
makneng: Kaulah syatu2 nya di antara be ...
ADVERTISEMENT