Industri muzik semakin meriah dengan kehadiran ramai penyanyi muda atau lebih dikenali sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU).
Meskipun dilihat bakal menjadi pelapis kepada penyanyi sedia ada, namun ada juga menganggap golongan BBNU tidak layak bergelar penyanyi. Kononnya, kriteria dimiliki masih belum mencapai piawaian sebenar untuk diiktiraf sebagai penyanyi. Penyanyi Sufian Suhaimi berkata, dia percaya golongan BBNU mempunyai potensi menjadi penghibur yang baik apabila menjadi sebahagian daripada mereka.
"Cuma, golongan BBNU tidak melalui proses sama dengan penyanyi senior lain hingga menyebabkan mereka ketinggalan dari segi pengalaman. "Jika dilihat pengalaman dikutip penyanyi senior, untuk menjadikan mereka seperti hari ini, pelbagai proses perlu dilalui atau dihadapi. "Antaranya, tidak diberi peluang mengeluarkan album solo seperti penyanyi terdahulu. "Dan penghasilan album pula dibuat lebih kerap seperti setahun sekali. Dari situ, kita nampak komitmen seseorang penyanyi," katanya kepada BH Online.
Penyanyi lagu Terakhir dan Di Matamu itu berkata, proses inilah meletakkan tahap seseorang penghibur. "Artis sekarang kita nampak ada antara mereka mempunyai kualiti dari segi vokal. Bagaimanapun, kita tidak nampak seorang figura yang hadir dengan pakej lengkap seperti ada vokal, rupa dan sokongan peminat kuat. "Bagi saya, perkara ini tidak akan datang sekelip mata dan ada proses yang perlu dilalui. Namun begitu, proses sudah berbeza sekarang," katanya. Tambah Sufian, mahu atau tidak, kena cari formula dahulu untuk mendapatkan jawapan mengapa BBNU sukar mencapai standard diharapkan.
"Tetapi, saya percaya kelompok BBNU ini masih ada minat dan keinginan untuk terus berada dalam industri muzik sehingga berjaya, Cuma, tak semualah. "Saya juga ingin meluahkan rasa teruja kerana hasrat keluar dari zon selesa akhirnya menjadi kenyataan apabila single baharu Budi, paduan suara bersama penyanyi duo, Kmy Kmo dan Luca Sickta akhirnya menjadi kenyataan. "Sejujurnya, lagu tradisional ini tidak asing kerana saya memang penggemar lagu genre ini terutama seloka," katanya. Katanya, dia sudah lama mengenali Kmy dan Luca, jadi hasrat merakamkan lagu ini sudah lama dibangkitkan, namun baru sekarang berpeluang. "Lagu Budi sangat istimewa kerana selain muzik segar, ia juga membuktikan saya bukanlah penyanyi yang hanya bersandarkan lagu balada putus cinta sahaja," katanya. Sumber: BH Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|