CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gambit Saifullah Banyak Tolak Watak Lelaki Songsang, Cukup Dalam Drama 'Suamiku Lelaki Pendosa'

19-3-2023 10:46 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 309| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Selepas kejayaan drama Suamiku Lelaki Pendosa, pelakon, Gambit Saifullah mendedahkan pernah menerima beberapa tawaran sebagai lelaki songsang.Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Mohd Saifullah Rosli, 3 ...
Selepas kejayaan drama Suamiku Lelaki Pendosa, pelakon, Gambit Saifullah mendedahkan pernah menerima beberapa tawaran sebagai lelaki songsang.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Mohd Saifullah Rosli, 38, terpaksa menolak semua tawaran berkenaan kerana mahu mengekalkan eksklusiviti watak Izfairin yang dijayakan menerusi siri tersebut.



"Lepas drama Suamiku Lelaki Pendosa, saya ada terima beberapa tawaran watak sama tapi saya tolak kerana rasanya biar ia menjadi watak eksklusif.

"Kalau saya mahu kembali memegang peranan sebegitu, mungkin dalam versi filem drama itu, kalau projek lain saya kena pertimbangkan dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Gambit turut meluahkan rasa syukur kerana menerusi drama itu dia berjaya membawa pulang trofi kategori Pelakon Antagonis Terbaik di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

Kekok melakonkan watak tersebut, Gambit bagaimanapun mengolah karakter itu sendiri tanpa membuat rujukan dengan menonton drama atau filem berkaitan dengan lelaki songsang.



"Saya seronok bila dapat watak ini, saya tahu saya boleh buat walaupun saya straight.

"Percaya atau tidak, bila saya dapat watak ni, saya bukan study cerita-cerita gay, saya buang semua persepsi itu dan hanya bermain dengan personaliti.

"Saya cipta trademark untuk membawakan personaliti itu tetapi babak-babak tersebut telah dipotong," katanya - CARI


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mamajawie 20-3-2023 10:28 AM
dia ni crush iollss zaman remaja dulu..tapi tu la lama gak dia menyepi last2 muncul citer paskal..btw da kwen ke dia ni?
Quote kaedahnya 19-3-2023 04:15 PM
dia ni stok lelaki hensem yang tau dia hensem.
tapi yang dia berlakon jadi makwe aaron tu, ada satu scene time dia baling baju depan rumah aaron, muka dua dua macam tahan gelak.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033863 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top