Pelakon Uqasha Senrose enggan melatah dengan tuduhan kononnya dia seorang pembuli sebaliknya menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. Pemilik nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata, dia sudah menyerahkan isu itu kepada peguam dan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap ciapan yang dibuat oleh seorang wanita di Twitter.
Jelasnya, tindakan itu diambil disebabkan wanita terbabit secara jelas menjatuhkan maruahnya dengan tuduhan tidak berasas. "Banyak tweet dia dah padam, bagi bukti nanti ya," katanya. Uqasha berkongsi mengenai perkara itu menerusi ciapan Twitter miliknya. Sejak beberapa hari lalu, nama Uqasha menjadi bualan hangat netizen apabila seorang wanita mendakwa rakan sekolah aktres itu menuduhnya seorang pembuli ketika zaman persekolahannya. Malah, individu itu juga mendakwa pernah menjadi mangsa buli Uqasha.
Dalam pada itu, wanita berkenaan menerusi ciapan di Twitter memberitahu mahu menamatkan isu dibangkitkan selain bersedia bersemuka dengan Uqasha. Dakwanya, Uqasha sudah berubah dan mahu aktres itu membuktikan bahawa dia bukan lagi orang sama seperti dahulu. |
KamikuP: bebudak twidder bulu pubis pun tak reti trim ada hati nak bertwidder bagai... puik kan dah kene.. ekekek
ADVERTISEMENT