CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Persiapan Kahwin Mimi Lana & Syafiq Kyle Sudah Selesai 50 Peratus

18-3-2023 07:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 515| Komen: 3|Original author: Tatod

Description: Pelakon Mimi Lana memohon doa daripada semua selepas kekasihnya, Syafiq Kyle memaklumkan mereka bakal menamatkan zaman bujang selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.Pemilik nama sebenar, Mimi Rozaiana ...
Pelakon Mimi Lana memohon doa daripada semua selepas kekasihnya, Syafiq Kyle memaklumkan mereka bakal menamatkan zaman bujang selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pemilik nama sebenar, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggung jawab sebagai isteri.



"Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Doakan saya. Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke suatu fasa yang lebih serius dalam hidup.

"Tapi tidaklah gemuruh yang keterlaluan. Mungkin momen itu belum sampai lagi. Untuk waktu ini, saya banyak berdoa agar kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu sahaja yang saya harapkan," katanya.

Mengulas mengenai persiapan perkahwinan, Mimi mengakui dia dan Syafiq tidak cerewet dan saling berbincang.


"Persiapan setakat ini berjalan lancar. Kalau nak bercakap mengenai hal perkahwinan, rasanya ia sama seperti pasangan lain juga.

"Cuma syukur, kami sudah lama mengenali jadi proses tersebut menjadi lebih mudah. Semuanya mengikut apa yang telah dircancangkan, masing-masing sudah tahu peranan.

"Malah ahli keluarga kami juga sangat menyokong. Alhamdulillah, setakat ini lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan," katanya.


Sumber: Media Hiburan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote kikyou 20-3-2023 12:30 PM
Sayangnya terpaksa potong rmbut. Rambut panjang sheols lawa.. huhuhu
Quote makneng 19-3-2023 04:16 PM
Lps ni pak pacak porum tolong hapdet kalau progress dah sampai 70%, 80% n 99%. Bukan apa, takut ter-miss sebarang details  
Quote hokeypokey 18-3-2023 08:31 PM
sapik blkg skit ni dh sendu baru nk kawen ngan mimi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.031374 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top