Isteri kepada Yonnyboii iaitu Nik Nazira meluahkan rasa berang terhadap individu yang bertanyakan soalan sensitif membabitkan bekas kekasihnya, Imran Aqil. Menerusi perkongsian soalan di Instastory, individu berkenaan ingin mengetahui tempoh perkenalan Nik Nazira dengan Imran yang juga penyampai radio.
"Berapa lama kenal Imran," tanya individu berkenaan. Membalas pertanyaan tersebut, isteri kepada penyanyi itu menegaskan soalan tersebut tidak sepatutnya ditanya memandangkan dia sudah berkahwin dan sedang hamil. "Saya mengandung dan berkahwin. Tapi awak bertanya mengenai hubungan yang sudah dua tahun berakhir? "Saya minta kebenaran daripada suami dan bekas kekasih dahulu sebelum saya jawab, jadi tiada drama," tegasnya.
|
ADVERTISEMENT