CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hannah Delisha Enggan Komen Insiden Kamal Adli Kena Pukul, Tak Perlu Disensasikan

18-3-2023 04:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 457| Komen: 4|Original author: Tatod

Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, enggan memberikan sebarang komen mengenai kejadian kes serangan yang berlaku terhadap pelakon, Kamal Adli pada minggu lalu.

Media Hiburan melaporkan, pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, itu berkata, kejadian serangan itu tidak seharusnya disensasikan dengan merujuk kepada mana-mana negara.



Malah, katanya lagi, kemalangan yang terjadi itu juga adalah takdir yang sudah tertulis.

"Apabila membabitkan soal keselamatan, ia adalah takdir juga. Kita tak tahu kan.

"Sekarang ini, kalau naik kapal terbang pun, kalau memang ditakdirkan berlaku kemalangan ke, ia akan terjadi juga.

"Jadi, bukan disebabkan anda berada di Singapura atau di Malaysia, perkara itu melibatkan takdir. Kita tak boleh buat apa.


"Bagi saya, ia adalah perkara peribadi sebab saya tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya kerana sibuk dengan kerja saya," katanya.

Terdahulu, Kamal diserang menggunakan cota besi oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang terlibat dalam jualan Mega Raya Sale di Singapore Expo pada 12 Mac lalu.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-3-2023 10:49 AM
Dia ni keturunan JWW Birch kah?
Quote Carcosa 19-3-2023 03:35 PM
Oooooo Delisha tu bkn nama dia kah?
Memati ingatkan nama betul. Tapi nama dia Hannah Adlina tu pun sedap jgk
Quote zarulnazmi 19-3-2023 12:11 AM
kenapa lah bila kes melibatkan warga singapura, netizen lebih-lebih nak tanya dengan pelakon atau artis kelahiran sana?
Quote Perawankota 18-3-2023 11:45 PM
Betul ckp dia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035922 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top