Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah terbuka menerima semua kutukan dan pandangan negatif segelintir selebriti tanah air kepadanya berhubung isu cinta lokasi bersama aktor Aliff Aziz baru-baru ini. Sophia, 30, faham setiap individu mempunyai sudut pandangan berbeza, begitu juga tindakan segelintir selebriti yang menghentamnya secara terbuka. “Apabila timbul kontroversi sebegitu, pasti akan wujud dua kumpulan individu berbeza. Ada yang sokong saya dan sebaliknya. “Bagi saya, semua berhak mempunyai pendapat masing-masing dan tak boleh nak marah atau kecil hati pun,” katanya kepada Kosmo! online baru-baru ini. Aktres yang popular menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa itu turut menerima semua kritikan dan pandangan negatif yang dilemparkan kepadanya dengan hati terbuka. “Orang yang beri komen negatif pun mungkin tidak tahu cerita sebenar dan hanya berdasarkan cerita yang mereka dengar atau baca. “Jadi, saya hormat dengan semua pandangan mereka, tidak perlu nak membenci atau apa sahaja,” ujarnya.
|
ADVERTISEMENT