Ketika menjalani penggambaran filem Anak Halal, pelakon, Fauzi Nawawi mendedahkan pernah mengalami kecederaan di kepala sehingga menerima dua jahitan. Menurut Fauzi, kecederaan itu juga memberikan pengajaran agar dia lebih berhati-hati ketika melakonkan babak aksi.
"Bagi saya, perkara itu dah nak berlaku. Saya pun dulu buat aksi lasak jadi stuntman. Malah, masa berlakon filem Anak Halal pun kepala saya cedera dan berjahit kerana dihentak pasu bunga. "Pasu bunga itu pecah, kaca melekat di kepala. Saya menerima dua jahitan. Jadi, bagi saya insiden seperti ini sebenarnya mengajar kita supaya lebih berhati-hati," katanya kepada Gempak. Dalam pada itu, Fauzi turut bersetuju dengan kenyataan Datuk Fizz Fairuz yang mengatakan jangan keterlaluan ketika melakonkan babak aksi.
|
ADVERTISEMENT