Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun berjaya ditahan polis atas kesalahan mencabul dua gadis bawah umur. Dalam kejadian yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia itu, lelaki terbabit melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa yang juga merupakan cucu dan ahli keluarga sendiri.
"Salah seorang mangsa yang berusia 13 tahun sedang tidur di hadapan televisyen. Tiba-tiba bahagian sensitifnya disentuh suspek dan mangsa adalah saudara kepada suspek. Bagaimanapun, perbuatan tersebut disedari oleh ahli keluarga mangsa. Berang dengan kelakuan melampau warga emas tersebut, keluarga mangsa tidak berdiam diri. Keluarga mangsa bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada polis.
Dalam pada itu, hasil siasatan polis mendapati bahawa ini bukan kali pertama suspek melakukan hal sedemikian. Suspek juga pernah mencabul cucunya sendiri yang berusia 12 tahun. Suspek didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan lima hingga 15 tahun. Sumber: Kompas |
ADVERTISEMENT