Sebuah keluarga terselamat daripada kecelakaan rumah mereka dirempuh sebuah kereta yang terbabas. Utusan melaporkan, dalam kejadian 1.20 petang itu, sebuah Honda BRV dipandu seorang lelaki bersama anak perempuannya merempuh pagar rumah dan bilik tidur utama kediaman berkenaan.
Keluarga itu bernasib baik kerana ketika kejadian, tiada penghuni di dalam kediaman mereka. Mohd. Shakir Fairuz Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian dia keluar bersama isterinya, Cici Lastri Lasrywan, 30, yang sarat mengandung serta dua anak lelaki berusia sembilan dan tujuh tahun ke sebuah restoran di Lunas, di sini. “Disebabkan isteri akan dimasukkan ke wad bersalin di Hospital Kulim esok, saya mengajaknya makan tengah hari bersama anak-anak pada waktu rehat tetapi ketika dalam perjalanan pulang seorang jiran menghubungi saya memaklumkan sebuah kereta telah merempuh rumah kami,” katanya ketika ditemui.
Mohd. Shakir berkata, sebaik tiba di rumahnya, dia tergamam apabila melihat pintu pagar kediaman itu rosak teruk serta sebuah kereta berada di dalam bilik utama, namun pada masa sama bersyukur kerana terselamat daripada kejadian tidak diingini. “Bilik utama itu menjadi tempat berehat serta belajar dua anak lelaki saya dan kebiasaanya saya akan keluar makan bersama keluarga pada cuti hujung minggu sahaja,” katanya. Sementara itu, seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya yang terletak selang tiga unit daripada rumah mangsa dan terdengar dentuman kuat dari luar rumah sebelum berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku. “Pada mulanya saya sangka tong sampah jiran dilanggar oleh kenderaan yang tidak diketahui, namun apabila melihat ke arah rumah mangsa saya nampak asap keluar daripada rumahnya sebelum melihat sebuah kereta berada dalam bilik rumah jiran saya,” katanya. Ujarnya, dia kemudian meninjau ke dalam kereta terbabit dan ternampak seorang lelaki yang berada di tempat duduk pemandu serta seorang remaja perempuan dipercayai anaknya dalam keadaan kesakitan akibat kecederaan. “Saya bersama beberapa jiran kemudian membantu mereka keluar daripada kereta terbabit sebelum menghubungi talian kecemasan untuk bantuan,” katanya. Sumber: UTUSAN |
Suchi replied at 18-3-2023 02:50 PM
Dasat betul.Sib baik takde orang kat umah.
Mcm mana leh terbabas langgar umah org tu?
Suchi replied at 18-3-2023 02:50 PM
Dasat betul.Sib baik takde orang kat umah.
Mcm mana leh terbabas langgar umah org tu?
Suchi replied at 18-3-2023 02:50 PM
Dasat betul.Sib baik takde orang kat umah.
Mcm mana leh terbabas langgar umah org tu?
ADVERTISEMENT