Tular rakaman berdurasi 16 saat menunjukkan seorang lelaki mengutip wang kertas RM50, RM20, RM10 dan RM5 yang 'jatuh dari langit' dan berselerakan di sepanjang siar kaki serta tepi jalan, dipercayai dekat Jalan Ampang berhampiran Menara Kembar PETRONAS.
Bagaimanapun, tidak dipastikan tujuan sebenar rakaman itu dibuat, lapor mStar. Situasi wang 'jatuh dari langit' itu ternyata mengejutkan netizen yang memberikan pelbagai reaksi dan pandangan. Ada yang meluahkan rasa kecewa kerana wang tersebut dibuang begitu sahaja di kala kebanyakan rakyat kini bergelut dengan kesempitan hidup. - CARI
|
ADVERTISEMENT