CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Datuk Yusof Haslam Faham Punca Isteri Kerap Luah Perasaan Di IG

16-3-2023 08:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9378| Komen: 14|Original author: Tatod


Pengarah, Datuk Yusof Haslam menjelaskan dia memahami rasa rindu seorang ibu terhadap anaknya menjadi punca isterinya dilihat kerap meluahkan perasaan di media sosial.

Yusof, 69, berkata isterinya, Datin Patimah Ismail hanya mahu Syamsul kembali ke pangkuan keluarga dan menjernihkan semula segala kekusutan yang berlaku.

Malah, Yusof sebagai bapa juga berharap ada jalan penyelesaian berhubung kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana.


"Dia seorang ibu. Dia rindukan kasih sayang anak dia dan berharap anak dia balik berjumpa, harmonikan benda-benda yang kusut.

"Saya ada menasihati datin agar bertenang menangani isu ini, saya bukannya tak sedih. Dia darah daging saya. Saya sayang dia, saya nak dia balik jumpa isteri dan anak dia. Saya tak mahu benda ini berlarutan.

"Apa pun kehidupan perlu diteruskan walaupun perkara seperti itu. Pada usia sekarang ini, saya nakkan kedamaian bukannya konflik yang tidak selesai.

"Saya sayang menantu saya dan anak-anak saya," katanya kepada mStar.


Pengarah dan penerbit itu juga akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu serta berharap agar Syamsul dapat mencail mencari jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan dengan isteri dan ibunya.

"Saya juga tidak menyimpan dendam ke apa, saya tahu anak muda ada konflik dan jiwa muda dia. Dia melalui proses.

"Saya bermula dari bawah, Syamsul ada perjalanan hidup selesa dan tentunya kehidupan kami tidak sama. Saya pun tidak boleh salahkan dia 100 peratus," katanya.


Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan Kazar Saisi.

Rentetan itu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela hidup bermadu.

Malah, pada 7 Mac lalu, Syamsul enggan menceraikan Sarah sekali gus mahkamah memerintahkan untuk pihak berkenaan melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai dalam kes permohonan cerai mereka. - CARI

Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 16-3-2023 09:11 PM
Reverse psycho keww datin oiiiiiii?
Quote Bipolajourney 16-3-2023 09:14 PM
stingerbumpy replied at 16-3-2023 09:11 PM
Reverse psycho keww datin oiiiiiii?

Kalau ye kenapa
Quote Nham22 16-3-2023 09:22 PM
Bapak pon mengaku anak tu anak yg spoil
Quote sharlenetexas 16-3-2023 09:28 PM
Dah heols tu spoilt brat.


Quote gekkou 16-3-2023 09:34 PM
so sah la anak tak balik umah
bercakap dgn mak pak pun tidak
Quote samperit 16-3-2023 09:58 PM
x kisah lah datuk faham perasaan isteri ke tak, yg saya tau ni bukan isu semasa
Quote samperit 16-3-2023 09:58 PM
ngok ngek betul tuan tanah. letak dlm bod gosip lah wei
Quote stingerbumpy 16-3-2023 10:20 PM
Bipolajourney replied at 16-3-2023 09:14 PM
Kalau ye kenapa

Entah...

Kahkahkahkah
Quote capiloton 16-3-2023 10:41 PM
Edited by capiloton at 16-3-2023 10:52 PM

itu hari mak dia bukan main lagi meroyan,
macam2 dia kata kat samsul.

sekarang bila anak dah tak mau balik.
dia pulok yang rindu

mmg itu jer cara layan pompuan yg banyak mulot dan kaki drama,
diam, bolayan, dan ignore.
anggap saja macam radio burok

kalau dapat tinggal kan lama2 lagi baik, balik jer umah bini lain,
biarkan dia meroyan sorang2 sampai letih



Quote MsIda 16-3-2023 10:44 PM
bini meroyan, mak meroyan ...now bapak pulak meroyan....bosssannn...
Quote laqoyah 16-3-2023 10:49 PM
Dah2 la tu… setel bahind close door aje. Depa pun dah jd suami isteri.. mentang2 artis semua kena make it public ke? Letihhhhh..
Quote nakkomenjugak 17-3-2023 11:05 AM
tak dapekkk lerrr nak nolong tok tin oiii
rakyat b40 dan m40 pun ada problem mereka tersendiri

Quote aHoi83 17-3-2023 12:58 PM
Kalo aku pun mak pak serang aku di media social mengutuk aku itu ini terang2an walaupun ade kesilapan aku buat, i takkan blk nk menghadap. Mmg cara yg this family buat skrg takkan menjernihkan keadaan pun malah makin kusut. Anak mana yg nak blk lepas dihamun setiap hari?
Quote ekselen 17-3-2023 03:53 PM
aHoi83 replied at 17-3-2023 12:58 PM
Kalo aku pun mak pak serang aku di media social mengutuk aku itu ini terang2an walaupun ade kesilapa ...

Ntah nya kan... Tu je ke cara terbaik nk selesaikan hal2 berkaitan keluarga? Mak pak patut ajak anak bersemuka dan berbincang baik2 dulu..bkn canang mcm2 psl keburukan anak dan siap mendoakan x baik utk anak2... Mmg la anak ko buat salah tp sbg ibu bapa penting utk tunjuk kat dia how to solve the problem the way adults do... Sbb tu bila ada mslh dalaman sila jauhkan diri dr media sosial dan bersahabat baik dgn para ilmuwan agama atau mengadu pd Allah mohon diberi ketenangan dan jln keluar... Ni idak, gigih nk mencanang satu dunia pasal hal buruk keluarga.. Bila anak x balik, dia jgk yg jadi x senang duduk... Yg sana pun dah sah jadik isteri pd anak beliau, takkan abis kalo asik meroyan sana sini.. Baik dok diam2 sambil berdoa semua akan pulih dan masing2 boleh teruskan hidup...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045816 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top