CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penternak Rugi Berbelas Ribu Ringgit, Lima Ekor Lembu Habis Dibaham Harimau

16-3-2023 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4878| Komen: 4

Setiu: Seorang penternak mengalami kerugian hampir RM13,000 apabila lima ekor lembu peliharaan untuk hari raya Aidiladha hilang dipercayai dibaham harimau belang dalam kejadian di Kampung Merbau Menyusut, di sini, hari ini.


Mohd Fadillah Omar, 37, berkata, dia mengesyaki semua lembu peliharaannya menjadi mangsa harimau belang selepas menemui beberapa tapak kaki haiwan terbabit di kawasan ladang sawit di kampung berkenaan.

Katanya, dia menyedari kehilangan haiwan peliharaannya itu sejak semalam sebelum berusaha mencari haiwan berkenaan di kawasan ladang sawit.

Foto: Harian Metro

"Ketika mencari haiwan berkenaan saya ternampak bangkai seekor daripada lima lembu yang hilang dan dipercayai menjadi mangsa harimau belang.

"Pagi tadi saya terserempak dengan seekor anak harimau dianggarkan berusia enam bulan di kawasan ladang sawit tidak jauh daripada bangkai lembu terbabit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.


Menurut Mohd Fadillah, dia mengesyaki semua haiwan berkenaan dipercayai menjadi mangsa haiwan liar itu.

Katanya, sebelum ini pernah juga lembu peliharaannya hilang serta cedera tetapi tidak mengesyaki ia angkara harimau

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Merbau Menyusut, Mohd Zamri Embong berkata, kehadiran haiwan terbabit di kawasan kampung membimbangkan lebih 380 penduduk kampung berkenaan dan meminta pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku.

"Kewujudan harimau itu pernah dilaporkan beberapa tahun lalu memandangkan perkampungan tersebut terletak berhampiran hutan, namun tidak pernah menyerang manusia atau haiwan peliharaan.

"Tetapi apabila berkeliaran di kawasan kampung, ia secara tidak langsung mengancam keselamatan penduduk yang sebilangan besarnya melakukan aktiviti harian di ladang sawit dan berkebun," katanya.

Mohd Zamri berkata, kejadian haiwan ternakan mati dibaham harimau adalah kali pertama berlaku di kampung berkenaan dan berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu dapat bertindak segera termasuk memasang perangkap di kawasan berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 16-3-2023 07:54 PM
dibiarkan lepas bebas?  kalau ye, padan muka…
Quote swimswim 16-3-2023 11:22 PM
Padan muka. Ngko yg lepas bebas lembu kao
Quote Skuau 16-3-2023 11:50 PM
arap sapa yg amik nama rimau sbg pelaris brng..'belanja' la rimau tu mkan...contoh..biskut rimau,beer rimau,pencuci rimau...
Quote sharlenetexas 17-3-2023 12:11 AM
Skuau replied at 16-3-2023 11:50 PM
arap sapa yg amik nama rimau sbg pelaris brng..'belanja' la rimau tu mkan...contoh..biskut rimau,bee ...

Daging rimau menangis.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062240 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top